Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

17 May 2010

Cinta? Part 2

Terlepas Part 1?

Bercouple. Jika ditanyakan kepada mereka yang bercouple, sudah pastinya jawapan yang diberikan lebih banyak yang positif berbanding negatif. Sebabnya mereka merasai 'nikmat'nya bercouple itu. Cuba kita lihat 'kemanisan' bercouple.

'MANIS'NYA BERCOUPLE

Yang pertama, pastinya seronok. Memang tidak dinafikan, bercinta itu memang seronok kerana itulah naluri manusia yang sebenarnya, mahu mengasihi dan dikasihi. Bukankah hati kita tergerak untuk mencintai dan mengasihi seseorang serta mahukan pembalasan terhadap cinta yang telah diberi?

Malanglah bagi sesiapa yang tidak memiliki perasaan mahu mengasihi dan dikasihi.

Seterusnya, mereka yang bercouple akan meluahkan masalah-masalah kepada pasangan ajnabi masing-masing dengan harapan mendapat perhatian dan simpati. Sekiranya masalah yang dihadapi itu terlalu berat, maka bebanan yang dipikul itu akan terbang melayang dengan hanya mengadu masalah tersebut kepada couple masing-masing.

Hartaku hartamu jua. Wang yang ada sanggup dibelanjakan buat pasangan kekasih masing-masing. Apa sahaja yang terlintas dalam benak kekasihnya terus sahaja dicari dan dibeli untuknya, bahkan ada yang sanggup memecah tabung dan mengikat perut! Bagi mereka, biarlah mereka terseksa asalkan dapat melihat si dia gembira.

Masa banyak dihabiskan untuk si dia, sama ada termenung mengingatkan dia, berbalas SMS, berborak melalui talian, berchatting, atau berfacebook, dan sebagainya. Indahnya tika mendengar perkhabaran daripada kekasih walaupun perkhabaran itu hanyalah mengenai makan malam.

Bila ingatan tertumpu kepada kekasih, maka setiap tindak-tanduk akan menjurus ke arah kekasih. Setiap perkara-perkara lain sudah tidak dianggap penting lagi, yang hanya dirisaukan adalah tentang kekasihnya. Jika berjanji dengan kekasih, pastinya ditepati malah lebih awal daripada masa yang dijanjikan.

Memang manis. Tetapi jika cinta ini berdasarkan kepada nafsu dan bisikan syaitan, pastinya ia akan mendatangkan keburukan dan pastinya dicatat oleh 'Atid dalam buku laporannya.

Bagaimanapun, pernyataan di atas boleh di tukar menjadi satu bentuk ibadat. Bagaimana?

Bersambung...

Taman Permata, Hulu Kelang

No comments:

Post a Comment