Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

30 May 2010

Kenanganku Di Presint 9

Tempat anak-anak bermandi
pada hujung minggu di Presint 9.
[sumber gambar]
"Alhamdulillahi rabbil-'alamin. Ar-rahmanir-rahim. Maliki yaumid-din..." Selepas sahaja ayat keempat surah al-Fatihah saya baca, tiba-tiba ada seorang lelaki menepuk bahu kanan saya sebagai isyarat untuk saya mengepalai solat berjemaah. Solat saya terhenti seketika. Sepanjang tahun 2010, belum pernah saya mengimamkan mana-mana jemaah solat dan ini adalah kali pertama dalam tahun ini.

"Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta-'in," saya mengjaharkan bacaan al-Fatihah kerana saya mengimamkan solat Maghrib.

Isyak pun sama. Sama mengimamkan seorang lelaki di Presint 9, cuma lokasi surau yang berlainan.

Kolam renang untuk kanak-kanak di Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya. [sumber gambar]
Karnival Kompleks Kejiranan, antara program yang pernah dilangsungkan di sini, tahun lepas.
Sejak petang tadi, saya berada di Pekan Sehari, Presint 9 yang mana beberapa bulan terdahulu, di sinilah lokasi saya berniaga bersama seorang sahabat saya. Di sini jugalah saya bersama dengannya mula belajar menempuh susah-payah bersama demi mengenai kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan.

Malangnya, sesi pembelajaran tersebut terhenti di tengah-tengah gara-gara pihak ketiga yang cuba mengucar-kacirkan hubungan baik antara kami berdua. Mereka menuduh saya berlaku zalim kepada sahabat saya tersebut tanpa usul periksa. Bukanlah niat saya untuk menindas sahabat baik saya, cumanya kami terikat dengan beberapa perjanjian lisan yang dipersetujui bersama. Perjanjian ini kami buat atas dasar saling mempercayai dan tidak dicatat dalam mana-mana kertas atau tulisan.

Tindakan saya selama ini yang nampak berkeras terhadapnya dimanipulasi oleh beberapa makhluk Tuhan. Mereka dengan senang menuduh saya bertindak tanpa belas kasihan, memperhamba, dan segala macam tuduhan yang zalim terhadap saya. Tuduhan ini kemudiannya dipanjangkan kepada keluarganya.

Lantaran daripada tindakan itu, seisi keluarga sahabat saya yang berkenaan menghukum tanpa mahu mendengar walau sedikit penjelasan daripada saya.

Semoga Allah melemparkan perasaan bertanggungjawab terhadap perjanjian lisan yang dibuat kepada sahabat saya yang kini bagaikan dipenjara angkara pihak-pihak yang menimbulkan suasana ketidaktentuan antara saya dengan keluarganya.

Semoga Allah menyulitkan perjalanan kehidupan mereka-mereka yang cuba menangguk di air yang keruh.

Semoga Allah memudahkan perjalanan kami khususnya kepada sahabat saya dalam menunaikan janji yang dibuat dahulu.

Amin.

Pilu sebenarnya ketika berada di sini. Di sinilah kami dua bersahabat selalu bersama ketika hujung minggu, menunggu hasil jualan yang memaksa kami mempelajari erti kesabaran. Saya sendiri tidak tahu bilakah dapat bersama dengannya, sahabat baik. Mudah-mudahan Tuhan menyegerakan pertemuan kami berdua.

Kompleks Kejiranan Putrajaya Presint 9, dalam kenanganku... [sumber gambar]
Selamat tinggal Presint 9. Selamat tinggal kenangan manisku di sini. Semoga Tuhan mempertemu kita berdua dalam suasana rahmat dan saling mempercayai. Aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kemudahan hidup buatmu.

Ameen, Ya Rabbal 'Alameen.

Pekan Sehari, Kompleks Kejiranan Presint 9, WPP

No comments:

Post a Comment