Walau bagaimanapun, anda bolehlah mengakses mana-man blog yang telah pun mengulas isu ini secara panjang lebar dan sebahagiannya mengulas dengan penuh emosi. Syukurlah kerana kesemua rakyat Malaysia selamat dalam tragedi berdarah ini.
![]() |
Mengajar bukanlah perkara yang mudah. [sumber gambar] |
Mudah-mudahan Allah memudahkan urusanku dalam mendidik anak bangsaku mengenal agama-Mu yang suci ini.
Lagi satu cabaran yang saya hadapi ialah kehyperactivean murid-murid dan sebahagiannya agak keras kepala (pada saya). Makin berserabut kepala tika berhadapan dengan mereka.
Saya baru sahaja dalam profession ini. Sekarang mungkin saya rasa ia bagaikan masalah. Lama-kelamaan, ia mungkin menjadi sebati dan dari situlah saya belajar berhadapan dengan masyarakat, dalam konteks ini, berhadapan dengan murid-murid sekolah rendah. Alah bisa tegal biasa.
Selamat berkenalan kepada guru-guru dan murid-murid SRADP. Selamat berkenalan juga kepada seisi kelas 5 Umar yang banyak celoteh, celoteh yang menggembirakan, celoteh yang meriuhkan, celoteh yang menyenangkan hati, dan kadang-kala ada juga celoteh yang menjadikan kelas sukar dikawal!
Juga banyak celoteh yang menenangkan hati ketika menempuh satu situasi yang memeritkan...
Seksyen 4, Bandar Bukit Mahkota, Bangi [klik]
No comments:
Post a Comment