Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

13 June 2010

Dari Alor Gajah

Hampir 48 jam saya berada di Melaka. Alhamdulillah, nampaknya semuanya nampak bagus di sini. Mana tidaknya, kemeriahan Melaka sebagai sebuah bandaraya bersejarah di negeri selat yang diiktiraf UNESCO selain Georgetown selain keberlansungan Sukan Malaysia di sini menambahkan lagi kemeriahannya.

Perjalanan bermula selepas maghrib, 11 Jun 2010 (Jumaat) dari rumah Ustaz Fadhli di Beranang. Perjalanan memakan masa sekitar 2+ jam melalui Lebuhraya Utara Selatan [klik] dan keluar di persimpangan Simpang Ampat, berhampiran Alor Gajah. Agak penat jugalah sebab tengah hari sebelum bertolak, saya ke Kajang atas urusan kerja. Walaupun penat, keseronokan berjalan itu lebih terasa berbanding penat...

SABTU, 12 JUN 2010

Hari pertama, saya ke Bandaraya Melaka. La haula wala quwwata illa billah. Kesesakan ketika dalam perjalanan ke Bandaraya Melaka sememangnya menggugat keimanan. Pening kepala... Saya dan Ustaz Fadhli melalui Lebuhraya AMJ (tak tahulah nama panjangnya) menuju ke pusat bandaraya. Keadaan jalan yang terlalu banyak traffic light selain daripada kapasiti kenderaan yang melaluinya yang tinggi antara punca kesesakkan teruk di situ.

Tika tiba di pusat bandaraya, saya blur dan tak tahu ke mana hala tuju... Apa yang ada di Bandaraya Melaka? Apa istimewanya Bandaraya Melaka sehingga dinaiktaraf sebagai bandaraya dan mendapat pengiktirafan sebagai kawasan bersejarah oleh UNESCO? Tertanya-tanya juga, di mana letaknya bangunan bersejarah seperti A' Famosa, Stadthuys, menara jam, dan lain-lain?

Sebetulnya, kebanyakkannya terletak di Banda Hilir. Itupun selepas diberitahu Ustaz Fadhli. Manalah saya tahu kedudukan bangunan seperti A' Famosa dan Stadthuys sebenarnya di Banda Hilir. Nak pusing-pusing pun tak selesa sebab terlalu banyak kereta. Bila cari parking pun, yang kosong hanya di Mahkota Parade. Bila sudah parking di sana, sememangnya malaslah nak berjalan kaki ke bangunan Stadthuys dan ke Bukit St Paul yang menempatkan saki-baki Kubu A' Famosa yang dibina Portugis lebih kurang 500 tahun yang lampau.

Saya sempat bergambar hanya di lokomotif yang dipamerkan berhampiran Dataran Pahlawan.

Banda Hilir, lepas ini, kamu menjadi sasaran kami... Bila ya mahu buat rombongan guru-guru SRADP ke Melaka?

AHAD, 13 JUN 2010

Pagi-pagi lagi, saya ke Kolam Air Panas Gadek. Kalau ke kolam air panas, faham-faham sahajalah, semestinyalah berendam. 6.30 pagi, sememangnya sesuai untuk berendam di dalam air panas. Psssssss... Aaaa... 'Masak' badan berendam lama-lama.

Lepas singgah ke kenduri saudara Ustaz Fadhli di Pegoh, kami ke Pekan Alor Gajah. Di situ, Ustaz Fadhli memperkenalkan satu tempat yang menjual cucur udang yang terkenal di Melaka. Saya difahamkan yang cucur udangnya sedap. Sedap? Bab makan-memakan, saya kurang berkelayakan untuk menghakiminya. Tetapi, berdasarkan jumlah pelanggan yang ada di kedai tersebut, ia memberi gambaran betapa larisnya cucur udang yang dijual.

Malam nanti, kami bersiap-siap untuk balik ke Selangor. Keberadaan saya di Melaka ini sebenarnya mengikut Ustaz Fadhli dan keluarga ke kampung mereka di sini. Sambil-sambil itu, saya mengambil kesempatan untuk berjalan-jalanlah sekitar pekan Alor Gajah dan Bandaraya Melaka. Insya-Allah, akan datang, kami akan merancang satu rombongan bersama guru-guru lelaki SRADP ke Melaka dan melalui perjalanan kami ke sini selama 2 hari ini dapat memberi sedikit sebanyak gambaran tentang Melaka dan kawasan yang bakal kami singgah nanti.

Alor Gajah, Melaka [klik]

No comments:

Post a Comment