Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

30 June 2010

Hujung Jun '10 di Desa Putra

Pening, pening. Sebelum ni, Ustazah Syida cakap, potong nama budak-budak yang sudah ditukarkan kelas, tapi tadi Ustazah Nafiah, GPK HEM bagitau, masih mengikut kelas asal. Murid yang bertukar kelas pula dimasukkan dalam senarai kelas baru berkuatkuasa mulai 1 Julai.

"Syahmi, jangan tension," gurau Ustazah Jasmi, gurauannya meminjam antara 'trademark' yang selalu saya gunakan kepada Ustaz Ariffin.

Kalau dalam kepala otak, sememangnya tengah tension, tetapi dalam bekerja, jangan ditonjolkan ketensionan itu, simpan elok-elok dan uruskannya dengan baik dan berhemah.

Senarai lama murid-murid 5 Umar perlu saya salin semula, menandakan hari-hari kehadirannya, mengira jumlah hari ketidakhadiran dan kedatangan mereka, menjumlahkan senarai nombor-nombor: kerja-kerja yang dilakukan dalam masa sebulan. Pening, dan sedikit rasa lapar. Sambil menyiapkan kerja, sambil me'ngincak' kuih di tangan Ustaz Ariffin yang dibawa Ustazah Jasmi.

Lusa (Jumaat, 2 Julai) adalah Hari Menandatangani Kad Kemajuan (report card). Saya diarahkan untuk menghandle kelas saya sendiri. La hawla wala quwwata illa billah. What should i tell to their parents? Just okay-okay as saranan Ustazah Sharifah? Bagaimana anak saya ni?: OK. Pelajarannya macam mana?: OK. Kehadirannya?: OK. Perangainya?: OK. Adakah sebegitu yang perlu saya katakan?

Mahu tidak mahu, kenalah juga saya mempelajari dan meminta tunjuk ajar daripada mereka yang terlebih makan garam.

Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba-Mu ini, lancarkanlah lidahku, jelaskanlah pendengaranku, teguhkanlah jasadku, agar dapatku melaksanakan amanah yang aku pikul ini.

Past few days, saya diminta untuk mengajar subject Khat. Khat? Sebab saya perlu mengajar Khat adalah kerana tulisan saya cantik. Cantik? Cantik bukan ukuran. Menulis dalam tulisan berkhat khususnya khat Nasakh memerlukan teknik dan kaedah. Tanpa teknik dan kaedah yang betul, tulisan khat tidak akan sempurna dan mungkin tidak menjadi.

Ada hikmah disebalik setiap yang berlaku. Dengan 'terajar'nya subject Khat, maka dengan itu, 'terpaksalah' saya mempelajarinya terlebih dahulu. Mana boleh mengajar sesuatu benda kalau tiada ilmu mengenainya.

Penat. Benarlah kata-kata Ustaz Ramly. Kerjaya sebagai guru sememangnya memenatkan. Penat bukan kerana mengajar, tetapi penat dengan kerja-kerja sampingan; menyediakan ringkasan pengajaran, mencatat kedatangan, membuat laporan, menanda buku murid, dan sebagainya. Masa kerja yang bermula dari 1 tengah hari sehingga 6 petang sememangnya tidak mencukupi untuk menyelesaikan semua kerja.

Walaubagaimanapun, rasa berjasa mendidik anak bangsa itu tidak ternilai.

SRA Desa Putra

No comments:

Post a Comment