Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

06 June 2010

Sinar Baru Selepas Gelita

إذا اشتدت بك البلوى
ففكر في ألم نشرح
فعسر بين يسرين
إذا فكرت به تفرج

Alhamdulillah. Siang tadi (Sabtu, 5 Jun 2010), saya menghadiri perjumpaan antara beberapa orang agen Public Mutual di ibu pejabatnya di Damansara Perdana. Perbincangan antara lain bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan membincangkan permasalahan yang timbul ketika berhadapan dengan beberapa jenis costumer yang cerewet. Dan insya-Allah, dalam beberapa minggu dari sekarang, saya akan ditauliahkan sebagai seorang agen Public Mutual atau nama glamournya financial consultant, itupun sekiranya saya lulus dalam exam yang disediakan oleh pihak syarikat.

Rasanya tidak perlulah diceritakan secara detail mengenai hal berkenaan, cukuplah hanya sebagai gambaran.

Dengan menghadiri sesi perjumpaan ini, maka hidup selepas ini akan lebih mencabar. Masa akan dibahagikan kepada beberapa bahagian; belajar, mengajar, bekerja, dan ruang untuk diri sendiri. Walaupun mencabar, saya merasakan ia bagaikan satu rahmat, rahmat daripada Tuhan selepas beberapa peristiwa hitam yang saya lalui beberapa minggu sudah.

Benarlah apa yang tercatat di dalam bait-bait Arab yang diwasiatkan Ustaz Ramly kepada kami dahulu. Allah mengajar hamba-Nya agar menghadapi kesukaran dengan cara sabar dan mendirikan solat. Sesudah itu, rahmat dan bantuan daripada-Nya akan tiba, yang mana ia berganda daripada kesukaran yang kita hadapi sebelum itu. Mudah kata, Dia mengurniakan dua kesenangan bagi tiap-tiap kesusahan yang menimpa.

Sinar baru yang membawa kegembiraan baharu sahaja terbit selepas gelita kesengsaraan menyelubungi alam.

SINAR BARU

Yang lepas, biarlah ia berlalu. Bersedialah apa yang bakal ditempuhi kemudian hari. Jangan ulangi lagi tindakan yang pernah merugikan diri. Nilailah mereka yang disekeliling dengan cara yang tersendiri berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui. Pengalaman yang pernah ditempuhi itulah menjadi pengajaran buat masa hadapan yang bakal menjengah. Ketepikanlah apa sahaja kata orang yang tiada berpengalaman kerana mereka bukanlah juri yang selayaknya memberikan penghakiman.

Cukuplah saya mempercayai seseorang dengan sepenuhnya, sanggup mengeluarkan, menyumbangkan satu bentuk pengeluaran yang cukup besar dan memperjudikan masa depan, tetapi apa yang diharapk an terjadi tidak menggambarkan sumbangan tersebut dihargai, bahkan dihanyak dengan keji dan dihina bak hamba!

Ujian seperti ini amat berat bagi diri untuk menghadapinya, amat sukar untuk menyelesaikannya, dan yang paling menyakitkan, ia meninggalkan parut yang pastinya dirasai sepanjang kehidupan. Tatkala cuba untuk menggunakan potion untuk menghilangkannya, semakin besarlah rasa peritnya. Semakin cuba untuk dirawat, semakin besarlah kos yang akan dibayar untuknya. Itulah harga yang perlu dibayar untuk satu bentuk pentarbiyyahan Allah yang tidak ternilai untuk dijual beli.

Walaupun segala yang berlaku kebelakangan ini dirasai sebagai kemudahan dalam menempuh dugaan besar sebelum ini, namun parutnya masih lagi tertinggal. Apa yang ada ini menjadi painkiller buat dugaan yang dilalui sebelum ini.

Diri ini tidak memiliki apa-apa kehebatan jika tanpa bantuan daripada-Mu.


SRA Desa Seri Putra, Bangi SDE [klik]

No comments:

Post a Comment