Jam menunjukkan 12.25 tengah malam. Setelah selesai menonton perlawanan bola sepak piala dunia antara Perancis yang menetang Afrika Selatan yang 'menyayat hati' (Perancis kalah 2-1 dengan gol 'bodoh' daripada Afrika Selatan) dan perbincangan dengan housemate mengenai bil-bil yang tertunggak, saya terus menghantar SMS kepada mak mengenai kepulangan 'sekejap'.
Dalam setengah jam, saya sampai ke rumah...
Tidaklah berbual-bual atau bersantai-santai selepas mengambil broadband, saya terus menghidupkan enjin kereta dan terus memandu pulang ke Bukit Mahkota dengan kadar kelajuan 80km/j, maintain.
"Dah sampai bagitau," pesan abah sebelum saya melangkah keluar rumah.
Bermulalah cerita...
MINAH SATRIA
Dalam perjalanan pulang ke Bukit Mahkota, saya nyaris menghentam sebuah kereta Satria yang dipandu oleh 'seekor' minah. Kejadian tersebut berlaku di selekoh tajam MRR2 Sungai Besi.
La hawla wala quwwata illa billahil-'aliyyil-a'dzim. Saya memandu dengan 'agak cermat' di lorong kedua dihimpit oleh minat si pemandu Satria ni dari arah lorong ketiga (lorong pecut). Bukan sekadar dihimpit malah terus dihimpit sehingga saya terpaksa masuk ke lorong pertama (lorong kiri/lorong perlahan). Dengan selamba badaknya, minah Satria tu masuk ke lorong saya (lorong kiri) tanpa sebarang signal diberikan.
Panas betullah...!
Dengan geram, saya membunyikan hon sebagai tanda marah dan isyarat supaya minah ni masuk semula ke lorongnya (lorong kedua, selepas dia menghimpit Saga Lawas ke kiri). Bukan selamba badak lagi dah, selamba beruk, monyet, kera semuanya menjadi gelaran minah Satria ni. Dia terus sahaja masuk ke lorong saya tanpa langsung rasa bersalah!
Kebetulan, minah tu memasuki persimpangan menuju Seremban, laluan yang sama dengan laluan yang saya lalu!
Speedtrap boleh berada di mana-mana sahaja. [sumber gambar] |
Selepas menyusur keluar ke Lebuhraya KL-Seremban sebelum plaza tol Sungai Besi, dia terus memecut ke lorong pecut. Saya terus-menerus mencucuknya secara berbahaya (jangan tiru aksi ini) dan mengekorinya memasuki lorong pecut.
Selepas perasan ada sebuah Saga Lawas mengekorinya dibelakang, dia terus melintang memasuki lorong pelahan secara laju. Kalau diikutkan hati, sememangnya saya mahu terus mencucuknya, tetapi disebabkan saya belum lagi kahwin (senang cerita, sayang nyawa lagi), saya tidak 'membontot' aksi bahayanya.
Saya terus memecut ke hadapan sehingga selepas plaza tol.
Selepas plaza tol, saya tidak lagi perasan kelibat Satria yang dipandu minah. Saya kembali memandu secara 'berhemat' dengan mengekalkan kelajuan pada 80km/j.
Sebelum saya melepasi persimpangan ke RnR Serdang, secara selamba dan langsung tak rasa bersalah dengan apa yang berlaku tadi, minah beruk ni melintasi Saga Lawas dengan laju, mungkin dalam 100km/j.
Panas...!
Saya menurunkan ke gear 4 untuk cuba mengejar Satria. Dalam 10 saat, saya berjaya mencucuknya macam tadi. Mungkin gelabah, dia terus memecut. Dia ingat Saga Lawas tidak mampu memecut sehingga 120km/j. Memang silap besar! Saya terus mencucuk dan berterus mencucuk sehingga dia ke tepi, ke lorong kiri. Kalau tak ada lori tangki Shell di hadapan, pastinya saya terus mengekorinya ke kiri.
Saya teruslah memecut sehingga melepasi susur keluar ke Serdang.
Selepas itu, dengan tenangnya (yang dibuat-buat), saya memandu seperti biasa, dalam 60 ke 80km/j. Saya perhatikanlah kalau-kalau minah beruk tu melintas macam tadi. Namun kelibat Satria tidak langsung kelihatan sehingga saya menyusur keluar di persimpangan Putra Mahkota.
KALAU MINAH YANG MEMANDU...
Majoriti perempuan yang memandu di jalan raya kebanyakkannya memandu macam jalan tu bapak dia punya. Kalau jalan tu bapak aku punya, dia mesti suruh aku pandu dengan berhati-hati dan cermat. Tak tahulah bapak dia jenis orang macam mana... (ayat lepas geram!)
Mereka (majoriti pemandu wanita, bukan semua!) memandu langsung tidak mahu menggunakan side mirror yang ada, bukan kata pandang, jeling pun tidak. Sudahlah tidak melihat side mirror, signal pun malas nak bagi. Dengan langsung tidak ada etika pemanduan ketika memandu, mereka terus sahaja memasuki lorong mana yang mereka suka, tak fikir sama ada kereta ada atau tidak, tidak fikir kereta yang berada di laluan yang ingin dimasukinya itu laju atau tidak, tidak fikir keselamatan penunggang-penunggang motosikal yang mungkin boleh tergolek seterusnya digilis kereta dari arah belakang, yang paling utama, tidak langsung memikirkan soal keselamatan diri sendiri! Nak mampos cepat agaknya...!
Itu ketika mereka menukar lorong atau memasuki simpang.
Bagaimana pula mereka yang memandu perlahan di lorong laju atau lorong pecut? Lagi menyusahkan orang lain yang ingin memotong atau cuba sampai ke destinasi yang dituju dengan cepat. Daripada sikap begitulah, timbulnya puak-puak daripada kalangan pemandu yang memotong di lorong kiri. Akibatnya, mereka mungkin merempuh kenderaan yang perlahan ataupun motorcyclist yang berada di lorong berkenaan. Salahnya memanglah pemandu yang memotong di lorong kiri, tetapi puncanya daripada sikap pemandu yang memandu perlahan di lorong laju atau pecut yang kebanyakkannya adalah wanita! (lelaki pun ada, tetapi jumlahnya tidaklah seramai wanita)
Alhamdulillah. Akhirnya selamat juga sampai rumah di Bukit Mahkota, sekitar 2.30 pagi. Kebetulan, match antara Greece dan Argentina baru sahaja bermula.
Dalam 3.15, mak telefon, "Dah sampai ke belum?" Bengang punya pasal, sampai terlupa yang inform kat parents. "I’m having a comfortable journey..."
Bandar Bukit Mahkota, Bangi SDE
No comments:
Post a Comment