Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

26 May 2010

Tanjong Pagar dan Kedaulatan Negara

Stesen KTMB Tanjong Pagar, Singapura
Malaysia dan Singapura hari ini bersetuju stesen Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) di Tanjong Pagar di sini akan berpindah ke Terminal Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) pada 1 Julai 2011, seperti yang termaktub dalam perjanjian Perkara-Perkara Yang Dipersetujui (POA). Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perpindahan tersebut turut melibatkan pemindahan kemudahan Kuarantin, Imigresen dan Kastam (CIQ) Malaysia juga dari Tanjong Pagar ke Woodlands, yang juga satu lagi perjanjian dalam POA, yang ditandatangani pada 27 November 1990.
25 Mei 2010

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) di pulau republik ini mungkin akan ditukar ganti dengan tanah yang lebih bernilai dan mudah dimajukan apabila Malaysia dan Singapura menubuhkan sebuah syarikat usaha sama sebelum 31 Disember 2010 ini.


Kedua-dua negara, katanya, bersetuju untuk menubuhkan M-S Pte. Ltd. bagi tujuan membangunkan tanah-tanah milik KTMB di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands dan Bukit Timah di sini.

Katanya, enam keping tanah KTMB berkenaan akan dilaburkan ke dalam syarikat Malaysia-Singapura itu untuk pembangunan bersama, yang kemudian boleh ditukar ganti dengan lima keping tanah di kawasan Marina South dan Orphir-Rochor, yang terletak dalam zon yang lebih strategik dan bernilai tinggi.
25 Mei 2010

Pertukaran tanah milik KTMB dengan beberapa bidang termasuk di Marina South (Marina Bay) disifatkan oleh Perdana Menteri sebagai win-win situation kepada kedua-dua pihak baik Malaysia mahupun Singapura.

Tetapi, kebarangkalian penyerahan tanah Stesen Tanjong Pagar kepada Singapura memungkinkan krisis yang berlaku di Limbang tempohari akan berulang di mana Brunei mendapat manfaat berupa petroleum disebabkan penyerahan Blok L dan M sebagai syarat pengguguran tuntutan negara itu kepada Limbang.

Syarikat M-S Pte Ltd yang ditubuhkan dengan 60 peratus kepentingannya dikuasai Khazanah Nasional Bhd manakala bakinya dimiliki Singapura melalui Temasek Holding Ltd dikatakan akan membangunkan tanah-tanah KTMB yang diserahkan kepada republik itu termasuklah Stesen Tanjong Pagar.

PEDRA BRANCA

Mengapa pentadbiran kerajaan sejak kebelakangan ini seperti menggadaikan aset negara kepada pihak luar? Sebelum ini, kedaulatan Pulau Batu Puteh terlucut kepada Singapura selepas ia diputuskan di ICJ, The Hague. Kehilangan kedaulatan Pulau Batu Puteh itu dikatakan berpunca daripada kegagalan kerajaan sendiri dalam menangani kes berkenaan di mahkamah dunia tersebut. Sebelum ICJ membuat keputusan, kerajaan Malaysia dengan gahnya mengatakan bahawa Malaysia akan memenangi kes berkenaan. Keyakinan kerajaan ini dizahirkan oleh media milik kerajaan sendiri, RTM.

Pulau Batu Puteh dan kedudukan Middle Rocks. [sumber]
Keputusan yang dibuat oleh ICJ pada 23 Mac 2008 menunjukkan sebaliknya. Kedaulatan Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca diserahkan kepada Singapura manakala Middle Rocks yang berhampirannya dengannya kekal dimiliki oleh Kesultanan Johor. [Kenyataan Akhbar ICJ]

Kedaulatan Pulau Batu Puteh yang terlepas kepada Singapura membuatkan Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar murka. Baginda nekad akan berikhtiar untuk mengembalikan kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Johor. [sumber]

Bagaimana pula dengan Blok L dan M yang terlepas kepada Brunei kononnya sebagai balasan menggugurkan tuntutannya terhadap Limbang baru-baru ini? [bacaan lanjut: 1, 2]

MARINA BAY

Dalam kenyataan Najib berhubung pertukaran tanah milik KTMB di Tanjong Pagar dengan Marina South. Tahukah anda semua bahawa Marina Bay (termasuklah Marina South) bakal dibangunkan sebuah pusat kasino yang akan menyaingi Genting Highland di Pahang?

The Marina bay Sands is projected to be one of the finest gaming resorts in the world. LVS has poured billions of dollars into the project that just a short time ago some analysts believed would not be completed because of the economic recession and credit meltdown in the US.
Tom Jones
25 April 2010

Sudahlah hilang tanah penguasaan tanah KTMB di Tanjong Pagar, diganti pula dengan tanah yang bakal dibangunkan sebagai pusat kasino. Apa nak jadi dengan kerajaan sekarang?

Seksyen 4, Bandar Bukit Mahkota, Bangi SDE [klik]

No comments:

Post a Comment