"Ustaz, masa ustaz kecik-kecik dulu ustaz suka sekolah kebangsaan ke sekolah agama?"
"Saya suka duduk rumah."
"Ala, ustaz. Cakap betul-betul. Ustaz suka sekolah kebangsaan ke sekolah agama?""Saya suka duduk rumah, tak suka pergi sekolah."
"Dulu mana ada sekolah agama..." (pulak dah...)
"Weyh, bapak aku dulu sekolah agama." (menafikan apa yang kawannya katakan)"Cakaplah, ustaz..."
"Ye, saya tak suka pergi sekolah."
"Ayok, ustaz tak suka pergi sekolah.""Dah kamu tanya masa saya kecik dulu, memang masa saya kecil-kecil dulu saya tak suka pergi sekolah."
"Ustaz, ustaz nak tau tak, cikgu sekolah kebangsaan suka membebellah. Kitorang tak sukalah.""Saya pun membebel juga masa ngajar kamu semua."
"Tapi ustaz-ustazah sekolah agama mana ada membebel macam cikgu sekolah kebangsaan.""Tu bukan membebel, tu nasihatlah."
"Tapi tak bestlah. Saya suka cikgu kat sekolah agama."
Payah juga bila sudah jadi kaunter "Aduan Rakyat", sehinggakan masalah yang mereka hadapi ketika di sekolah kebangsaan diadu. Begitulah bila sudah diberi 'kepercayaan' daripada murid, segala perkara, bukan sahaja yang berlaku di sekolah kebangsaan, malah perkara yang berlaku di rumah turut dikongsi.
Tidak pasti sama ada perkara sama berlaku kepada guru-guru yang lain.
Sekiranya saya duduk di kelas ketika waktu rehat, akan pasti ada anak murid yang berkerumun di sekeliling saya untuk 'berbicara' dan 'bersoal-jawab' mengenai pelbagai perkara dan masalah yang mereka hadapi.
Kekadang takut untuk memberikan pendapat, takut mereka akan 'pegang erat' pendapat tersebut, takut ia salah pada hakikatnya!
Pening... Minta bantuan daripada pakar melalui sms. |
Alhamdulillah. Segala-galanya berlaku atas kehendaknya. Mereka memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengungkap dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Tetapi, terdayakah diri ini menyelesaikan permasalahan yang mereka ajukan itu dengan hanya berbekalkan ilmu dan pengalaman yang sedikit? Tidak selayaknya diri ini menjadi kaunter aduan kerana terdapat insan lain yang lebih layak meleraikan setiap persoalan tersebut daripada saya yang mungkin dianggap setahun jagung sahaja, anak pun belum ada!
Hikmah Allah ada pada setiap perkara yang berlaku.
Mungkin ini adalah salah satu daripada proses pematangan minda yang Dia rencanakan ke atas diri ini, melatih diri agar menganalisis setiap perkara, menghadamnya, dan kemudian menghasilkan output yang berguna buat anak-anak murid. Mungkin juga segala-galanya sebagai persediaan untuk berhadapan dengan masyarakat yang lebih complicated pada masa mendatang.
Dataran SRA Bandar Seri Putra ketika Kem Anak Soleh, 16 Julai lepas. |
Tempoh hari, semasa dalam kursus induksi para guru KAFA, Ustaz Misron ada berpesan, setiap tindakan yang dibuat perlulah dipastikan bahawa tidak terdapat sebarang implikasi negatif, sama ada pada gurunya atau pada murid. So, kalau tersalah cakap, pasti mereka akan 'mengabdikan' kata-kata tersebut dalam diri mereka.
Murid lebih percayakan guru mereka berbanding ibu bapa masing-masing, walaupun ibu bapa mereka seorang guru!
Tinta mencoret: Hubungi kami untuk aduan rakyat.
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
No comments:
Post a Comment