Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

31 July 2011

Kem Anak Soleh SRABSP 2011


Alhamdulillah, pada 15 dan 16 Julai lepas, SRA Bandar Seri Putra (SRABSP) berjaya mengadakan Kem Anak Soleh yang mensasarkan murid-murid tahun 4 dan 5. Kem ini dikendalikan oleh Biro Ibadah dan Perayaan yang diketuai oleh Ustaz Zulraime bin Minhat.

Saya diamanahkan untuk menjaga kumpulan 6 lelaki yang kebetulan salah seorang daripada ahli kumpulannya adalah Zikry.

"Ustaz ni, asyik-asyik Zikry jer... Tak de orang lain ke?"



Kem Anak Soleh ini adalah yang kedua (sebagaimana yang dimaklumkan kepada saya) yang dikendalikan seratus peratus oleh warga SRABSP dan mendapat respon yang positif daripada ibu bapa peserta.

Diharapkan agar para peserta berubah menjadi anak yang soleh dan solehah sesuai dengan objektif program, ameen.

Khusyuk membuat kerja...
Zikry yang memakai baju berwarna jingga sedang melihat kepada kertas yang dipegangnya.
Ustaz Hanif sedang memberi tazkirah berkaitan akhlak seorang anak.
Peserta mendengar dan melaksanakan tugasan ketika sesi penerangan untuk Slot 3: Ya Allah, Bantulah Aku.
Kumpulan Harimau Solehah. Harimau pun ada yang soleh ker...?
"Aduh, lupa nak amek wudhuk!"

Tinta mencoret: Teringat Kem Pemantapan Insan SKTP, 11 tahun lampau...

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

1 comment:

  1. Ustaz,saya kumpulan hARIMAU sOLEHAH.Harimau mestilah ada yang solehah.. Kitaorang tak makan orang dan daging.Kitaorang makan buah dan sayur jee..hehehehe

    ReplyDelete