Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

03 July 2011

Seminggu Berviva


Viva WVL sudah berkhidmat seminggu. Ke hulu hilir saya memandunya dengan penuh kesyukuran. Belum sampai seminggu, Viva WVL sudah bergerak lebih 1000 kilometer. Not believe it? Believe it.

Bersama 'bini' baru...
Dengan adanya Viva WVL, nampak gayanya saya kena lebih prihatin untuk menunaikan tanggungjawab memeliharanya dengan penuh 'kasih sayang'.

Selepas sesi persekolahan kelmarin, saya terus bergerak ke Sabak Bernam, bergerak untuk menyaksikan Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Kompleks Sekolah Muhammadiyyah Batu 1, Pekan Sabak, Sabak Bernam.

"Hai, tak lekang dengan kereta baru..."
"Hehehe, 'bini' baru. Mana boleh lepas.

Alang-alang ke Sabak Bernam, saya singgah ke rumah seorang sahabat, Fakhrul Razi berhampiran Pekan Sabak Bernam.

Baru sahaja seminggu lebih, Viva WVL telah mengembara lebih 1,600 km. Penat ooo...

* * * LATAR * * *

Lebuhraya KL-Kuala Selangor
Tak sempat nak bersiar-siar di Pekan Sabak. Selepas tamat majlis penutup KAMIL Peringkat Negeri Selangor tamat, saya diamanahkan untuk membawa pulang peserta dan guru pengiring pulang ke Bandar Seri Putra.

Perjalanan pulang mengambil masa lebih kurang 4 jam. Kami bertolak dari perkarangan Kompleks Sekolah Muhammadiyyah lebih kurang pada jam 4.30 petang dan tiba di Bandar Seri Putra pada jam 8.45 malam.

Waktu balik, saya berkesempatan melalui sebuah lebuhraya yang baru sahaja seminggu beroperasi, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor ataupun nama glamournya LATAR.

LATAR memulakan operasi pada 24 Jun 2011 yang lalu.

Perjalanan warga KL ke Kuala Selangor selepas ini menjadi lebih singkat dengan adanya LATAR. Sekiranya sebelum ini, ramai yang melalui Pekan Ijok ataupun Meru yang kebiasaannya sesak, kali ini mereka tidak perlu lagi bersesak-sesak.

Lebuhraya LATAR yang menghubungkan Lebuhraya Guthrie dan Lebuhraya Utara-Selatan memudahkan ramai pengguna jalan raya untuk ke Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Semalam juga saya dapat melalui lorong Smart Tag tanpa mesin Smart Tag...

"Gila kau. Nanti polis kejar kau."
"Buat apa polis nak kejar? Dah tol tu free dua bulan..."

Sampai di rumah, terus tidur kepenatan...

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

6 comments:

  1. Cantik bini baru dia.. Putih melepak, gebu lagi tu.. ;-)

    ReplyDelete
  2. 2nd 'wife'... hehehe... yang pertama da bercerai. byk sgt ragam...

    ReplyDelete
  3. waahhh!!!chanteknya kereta..bila la dapat hamparkan punggung di atas kerusi VIVA 2 ek..??kih3

    ReplyDelete
  4. Irham Aqashah, bergantung pada ke'free'an org tuh lar... empunya tak de masalah nak menyorongkan seat Viva ke punggung org yg nak tumpang...
    Hehehe...

    ReplyDelete
  5. congrats ... jadi tahun ni kena dtg beraya ke umah saya naik keta baru tau.. nak bawak `org sebelah' pun tak pe, digalakkan...

    ReplyDelete