Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

30 July 2011

Ashraf Aleesha


Ashraf Hafiz. (sumber gambar)
Bernama hari ini melaporkan bahawa Mohd Ashraf Hafiz bin Abdul Aziz meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu jam 5 pagi tadi.

Ashraf, yang mana terkenal dengan nama Aleesha Farhana sebelum ini menggemparkan rakyat Malaysia khususnya bagi yang beragama Islam kerana dengan beraninya memfailkan permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu setelah berbuat demikian di Thailand dua tahun sudah.

Walau bagaimanapun, permohonannya itu gagal dan ditolak mahkamah pada 18 Julai lalu selepas mengambil kira beberapa faktor seperti kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan, dan kewujudan organ dalaman.

Selepas permohonannya ditolak, Ashraf dilaporkan mengalami kemurungan. Ashraf dikejarkan ke wad ICU semalam dan menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.30 pagi tadi.

Ashraf sebelum ini pernah membuat kenyataan rela mati (dibunuh) sekiranya itu penyelesaian terbaik yang diharapkan masyarakat.

* * * MENGUBAH KETENTUAN * * *

Persoalannya, adakah tindakan Ashraf yang menukar jantina dibenarkan Islam?

Tentunya tidak. Mengapa dia memilih untuk menukarkan jantinanya sedangkan dia sudahpun dua puluh tahun hidup berjantinakan lelaki? Berdasarkan laporan media, Ashraf dilahirkan dengan memiliki alat kelamin yang sama dengan alat kelamin yang dimiliki oleh kaum Adam.



Adakah Ashraf tidak mempelajari Islam? Atau buat-buat tak tahu? Perbuatan menukar jantina termasuk dalam salah satu dosa besar kerana mengubah kejadian yang telah Allah Subhanahu Wa Ta'ala tentukan, sekaligus ia mencabar kekuasaan Allah yang berhak menentukan sebarang kejadian dalam bentuk yang dikehendaki-Nya.

Sumber gambar
Cuba kita lihat, berapa ramai lelaki yang berjuang melawan kehendak nafsu mereka yang cenderung kepada sifat kewanitaan? Cumanya golongan sebegini sentiasa mendapat cemuhan masyarakat tanpa ada sebarang hasrat untuk membimbing mereka supaya melawan daripada terikut dengan kehendak tersebut.

Saya bersetuju dengan Senator Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil yang berhasrat untuk membimbing Ashraf. Diharapkan beliau berniat untuk membimbing Ashraf supaya lebih menyedari dirinya sebagai seorang lelaki, bukan membimbing agar dapat menukarkan jantinyanya.

Tindakan Ashraf yang menukar jantina sememangnya satu tindakan salah di sisi agama, namun tindakan menyalahkan Ashraf Hafiz secara sepenuhnya adalah satu tindakan yang zalim. Mana kita tatkala ada saudara kita berhadapan dengan dugaan berupa nafsu kewanitaan sedangkan dirinya merupakan seorang lelaki? Kita begitu mudah mengecam mereka serta melabel dengan pelbagai label kepada golongan sebegini. Sepatutnya kita selaku masyarakat mengambil satu inisiatif, satu pendekatan agar mereka tidak terus dihanyut dengan ujian Tuhan yang berat ke atas mereka.

Adakah kita pernah berhadapan dengan ujian yang serupa dengan ujian yang mereka terima? Kalau tidak, masakan kita boleh menuduh mereka dengan pelbagai tuduhan?

Pendapat saya tidak berganjak daripada apa yang pernah saya nukilkan sebelum ini di dalam artikel bertajuk: "Pinky Boys: Salah Siapa?". Tanggungjawab kita kepada golongan-golongan seperti Ashraf adalah membimbing mereka agar mereka mampu berhadapan dengan dugaan yang Tuhan turunkan buat mereka.

والله أعلم بالصواب

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
Bacaan tambahan: Pinky Boys: Salah Siapa?

1 comment:

  1. Smoga Allah mengampunkan dosa2 Asyraf & menempatkan dia dikalangan org2 yg beriman..

    ReplyDelete