Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

29 July 2011

UP2 2011


Alhamdulillah. Hari ini merupakan hari terakhir Ujian Prestasi Kedua (UP2) di SRA Bandar Seri Putra yang bermula sejak 25 Julai lepas. Saya selaku guru tahun 4  mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam ujian yang diadakan. Kepada mereka mendapat keputusan yang kurang memuaskan, jangan berputus asa, usaha lagi. Sesungguhnya keputusan dalam peperiksaan bukanlah ukuran kepandaian ilmu seseorang ataupun dengan tercapainya peratusan yang tinggi membuktikan keberkatan dalam menuntut ilmu, sebaliknya ia merupakan ukuran manusia semata-mata yang tidak terlepas daripada kelemahan. Keberkatan itu dapat diukur (secara kasarnya) dengan pengaplikasian (tak faham?) dan pengamalan ilmu tersebut dan mampu menerangkan kepada orang lain mengenainya.

Selaku guru yang mengajar matapelajaran Tajwid, secara kasarnya, keputusan UP2 kali ini menunjukkan peningkatan. Alhamdulillah, tujuh orang murid 4 ar-Razi berjaya mendapat markah lebih 75%, seorang daripadanya mendapat mumtaz manakala bakinya mendapat jayyid jiddan. Tidak kurang juga kelas kedua akhir, 4 Ibnu Bathutah; tiga orang berjaya mendapat mumtaz dan seorang daripadanya nyaris-nyaris betul kesemua jawapan.

Zikry? Alhamdulillah, salah seorang daripada murid saya yang mendapat jayyid jiddan. Gred jayyid jiddan boleh dianggap tinggi bagi murid yang berada di kelas last dan second last.

"Ustaz ni, asyik-asyik Zikry... Puji saya la pulak."
"Yela... Yela... Tapi jadilah baik macam Zikry."
"Alah, tadi dia kena marah dengan ustazah."
"Biasalah kena marah. Barulah kita jadi baik."

Zikry ketika menjawab soalan Ujian Prestasi Pertama, Februari lalu.
4 Ibnu Rusyd pula bagaimana? No comment. Walaupun saya bertanggungjawab menjaga murid-murid 4 Ibnu Rusyd, namun tidak banyak yang mampu saya lakukan. So, sedihlah juga bila kelas saya tidak mampu mendapat lebih bagus daripada kelas-kelas belakang.

Walaupun mereka tidak mampu mencapai markah seperti mana kawan-kawan mereka di kelas lain, namun saya selalu mengingatkan mereka agar sentiasa beradab dan berakhlak. Sesungguhnya, manusia yang beradab dan berakhlak itu lebih disukai Allah Subhanahu Wa Ta'ala daripada manusia yang berilmu tetapi tidak berakhlak mulia.

Setakat ini, saya baru sahaja menanda sehingga kelas 4 Ibnu Khaldun, hanya tinggal beberapa kertas sahaja sebelum berjaya menghabiskan kelas tersebut. Sehingga semalam (28 Julai 2011), terdapat dua orang murid saya yang berjaya menjawab soalan dengan jawapan yang betul keseluruhannya. Dan hasilnya mereka berjaya mendapatkan markah sebanyak 99% (maaf, tak boleh 100% tau, tak ada manusia yang sempurna).

Pesanan saya selaku guru, keputusan peperiksaan bukanlah satu perkara yang penting di sisi Allah; ia hanyalah sebagai penilaian manusia untuk mengukur tahap dapatan dalam pembelajaran. Allah menilai hanyalah keberkatan kita dalam menuntut ilmu, bukan hanya ilmu keagamaan, tetapi juga ilmu keduniaan.

Saya mendoakan agar semua anak didik saya memperoleh keberkatan setiap ilmu yang dipelajari.

Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat keputusan cemerlang. Yang kurang bernasib baik, usaha lagi. Yang malas...?

Tinta mencoret: Yang malas, ubah perangai jadi rajin.

Permata's Orange CC, Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
Bacaan tambahan: Ujian Buat Ilmu.

1 comment:

  1. Samalahh.. Ustaz asyik-asyik Ustaz Alif Adhwa... Samapai ada syair..

    ReplyDelete