Setiap program yang saya uruskan, pastinya sukar untuk saya berada pada titik pengakhirannya. Beberapa program yang direncanakan oleh beberapa pihak pernah saya sertai sebelum ini. Antaranya program Kem Bina Ummah yang diadakan di SK Sungai Merab (Luar) pada tahun lepas yang dipimpin oleh Saudara Muhammad bin Suhaimi yang melibatkan murid-murid SK Sungai Merab (Luar).
Kumpulan bawah pimpinan saya ketika Kem Bina Ummah di SK Sungai Merab (Luar). |
Kemudian, saya dipelawa untuk terlibat dalam sebuah lagi program yang hampir sama, cumanya kali ini golongan sasarnya adalah pelajar sekolah menengah agama. Encik Khairuddin selaku pihak yang bertanggungjawab dalam pembangunan sahsiah pelajar di Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi memanggil bekas pelajar sekolah khususnya pimpinan pelajar untuk membentuk peserta yang kebanyakkannya terdiri daripada ketua dan pimpinan pelajar agar diterapkan sifat kasih sayang sesama organisasi yang mereka pimpin.
Alhamdulillah, program ini yang diberi nama Kem Induksi Saf Kepimpinan atau INSAF berjaya diadakan di Kem Insight Jijan di Kampung Jijan, Negeri Sembilan.
Juga, amat sukar untuk saya melepaskan kumpulan bawah kelolaan saya untuk berpisah.
Kumpulan 5 ketika Kem Induksi Saf Kepimpinan (INSAF) di Jijan, Negeri Sembilan. |
Selang seminggu, saya diamanahkan untuk terlibat dalam Kem Kepimpinan Pengawas di SRA Bandar Seri Putra. Kali ini, saya dipertanggungjawabkan untuk memimpin kumpulan Hasan al-Banna.
Guru besar menyampaikan sijil penyertaan kepada Syahmi dari kumpulan Hasan al-Banna. |
Dan terbaharu, saya bersama rakan-rakan diamanahkan untuk menguruskan sebuah kem yang bermatlamatkan untuk membentuk adik-adik peserta agar menjadi anak yang soleh dan solehah; Kem Anak Soleh. Kem ini berjaya disempurnakan dengan jayanya pada 15 dan 16 Julai lepas di SRA Bandar Seri Putra.
Syukur, segala-galanya berjalan lancar walaupun terdapat sedikit gangguan pada penayangan slide pada majlis penutup.
Program sebegini sebenarnya bukan hanya bermatlamatkan untuk mendidik para peserta semata-mata, tetapi pengisiannya juga haruslah diambil manfaat oleh urusetia dan fasilitator yang terlibat agar diri kita yang menguruskannya juga terisi, dalam masa yang sama memuhasabah serta meng-refresh dan mentajdidkan diri agar kembali bergerak dalam landasan mempertuhankan Tuhan dan menghambakan diri kepada Tuhan.
Apa cerita dengan Kem Anak Soleh tempohari? Nantikan ulasan saya pada entry yang akan datang, insya-Allah.
Tinta mencoret: Nak join lagi...
Hulu Kelang, Kuala Lumpur, WP
No comments:
Post a Comment