Alhamdulillah, Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi (SAMBBST) dengan kerjasama bekas pelajar-pelajar berjaya mengadakan kem kepimpinan "Induksi Saf Kepimpinan" (INSAF) bertempat di Insight G-jan Camp, Kampung Jijan, Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus pada 25 hingga 27 Februari yang lalu. Program ini direncanakan oleh Cikgu Khairuddin Abas selaku guru yang bertanggungjawab dalam bahagian pembangunan sahsiah pelajar di SAMBBST.
Oleh kerana sibuk menguruskan murid-murid yang mengambil ujian serta panggilan taklimat oleh Tuan Guru Besar sekolah tempat saya mengajar, saya terlewat menghadiri ke program tersebut dan tiba lebih kurang 7.40 malam selepas tersesat jalan.
INSAF bertujuan untuk mendidik para kepimpinan pelajar agar menjadi pemimpin yang selaras dengan kehendak Islam, menanam sifat kasih sayang sesama kepimpinan dan orang bawahan, serta mencapai matlamat SAMBBST menuju ke arah sekolah kluster menjelang 2015.
Kumpulan 5 yang pimpin oleh tiga orang abang faci; Abang Amsyar, Abang Syahmi, dan Abang Azwad. Abang Azwad terpaksa pulang awal ke Terengganu kerana ada kelas. |
Muhaimin disuap rakannya. Kaedah ini mendidik agar seorang pemimpin itu mengutamakan orang lain sebelum dirinya sendiri. |
Peserta diberi taklimat mengenai cara mengendalikan majlis dengan betul. |
Abang Basyir 'menerbangkan' bola dengan magisnya ketika perlawanan antara abang-abang faci dengan adik-adik. Abang-abang faci 'menang' 5-0. |
Abang Fadzly selaku Camp Commander memberikan sedikit 'tazkirah'. |
Kumpulan 5 bersantai sebelum slot "Jejak Alam". |
Bergambar bersama Ustazah Ummi dan kakak-kakak faci. |
Cerianya mereka. |
Dua orang 'Syahmi' bergambar. Yang dua lagi tu bukan 'Syahmi', |
Abang-abang faci bergambar. |
Induksi Saf Kepimpinan (INSAF) SAMBBST 2011 (Part 1)
Induksi Saf Kepimpinan (INSAF) SAMBBST 2011 (Part 2)
Induksi Saf Kepimpinan (INSAF) SAMBBST 2011 (Part 3)
Induksi Saf Kepimpinan (INSAF) SAMBBST 2011 (Part 4) - Dalam proses upload...
Tinta mencoret: Masih rindukan wajah ceria adik-adik sekalian.
Bandar Seri Putra, Bangi SDE
No comments:
Post a Comment