Hey, don't touch my Audi A4! |
Insya-Allah, jika tiada sebarang masalah, Khamis minggu hadapan, bermulalah misi untuk memburu sebuah Audi, ataupun lebih spesifik: Audi A4. Misi ini saya namakan sebagai "Having An Audi Mission".
Walaupun misi ini sudah saya rangka seawal bulan Februari lepas, namun disebabkan kekangan kewangan serta karenah birokrasi dari pelbagai agensi, misi ini terpaksa ditangguhkan sehinggalah 24 Mac ini.
Setelah dua hari berdiskusi dan berkonsultasi dengan sahabat saya, beberapa perancangan dirangka dan menantikan tindakan yang bersesuaian pada hari yang dirancangkan.
MENGAPA AUDI A4?
Entahlah. Mungkin sebab saya minat Audi sejak dulu. Mengapa tidak dijadikan rumah sebagai matlamat sebab rumahkan salah satu daripada keperluan masa kini? Lagi pun, bukankan saya sudah memiliki Saga.
Mungkin itulah persoalan yang bermain di fikiran, dan juga persoalan yang dilemparkan oleh beberapa kenalan rapat yang mengetahui mengenai misi ini.
Banyak sebab mengapa saya memilih Audi sebagai aim saya dalam misi ini dan bukannya rumah.
Firstly, sebab Audi adalah sebuah kereta manakalah rumah adalah rumah. Kalau rumah, kegembiraan tidak dapat dikongsi kerana rumah adalah rumah. Kalau kereta, ia boleh bergerak ke mana-mana sahaja. Boleh berkongsi keseronokan menaiki Audi dengan sesiapa sahaja, dengan keluarga, sahabat, ataupun sesiapa sahaja. Sekiranya diarahkan untuk menghadiri sebarang kursus bersama dengan staf yang lain, tentunya mereka akan memilih untuk menaiki Audi yang saya miliki. Betul tak?
Keduanya, Audi boleh dibawa ke mana-mana sahaja, tidak seperti rumah. Jika kita beli rumah di Bangi, maka di situlah kedudukannya. Jadi, tak boleh nak tunjuk sangat kat orang lain. Hehehe... Ini adalah salah satu mindset manusia yang suka membuat bisnes berasaskan MLM yang kebanyakkannya haram.
Ketiga, sebagai seorang yang mempromosikan amanah saham, saya seharusnya menunjukkan satu aset yang boleh meyakinkan customer mengenai kebaikan dan kelebihan melabur dalam amanah saham. Walaupun Audi yang menjadi target itu bukan hasil daripada investment dalam amanah saham, namun perkara itu bukanlah menjadi masalah besar kerana customer tidak akan bertanya mengenai perkara tersebut. Ini akan mendatangkan keyakinan kepada mereka untuk melabur, bukan untuk saya, tetapi untuk masa depan mereka juga.
Banyak lagi, tapi tak perlulah dikhabarkan semuanya.
Insya-Allah, sekiranya segala-galanya berjalan seperti yang direncanakan, doakan saya agar tidak melupakan rakan-rakan sekeliling. Pastinya doa daripada sahabat-sabahat ini yang paling penting buat saya. Dikhuatiri kelebihan inilah yang akan menarik kaki ke arah gaung kebongkakan, a'uzubillahi min zalik!
Apa cerita dengan Saga?
Saga? Saga akan saya bela dan pulihara ke tahap yang terbaik dan menjadi kenderaan kedua. Dan jika ia tidak digunakan, saya akan meminjamkannya kepada seorang sahabat kerana itulah janji saya sekiranya segala-galanya berjalan lancar.
Misi ini dikira berjaya sekiranya saya memiliki Audi sebelum penghujung tahun ini. Dapat tak dapat, wallahu a'lam. Namun, itulah yang saya sasarkan.
Kenapa perlu terburu-buru? Sebabnya saya mahu mendapatkan keyakinan kedua ibu bapa terhadap kehidupan saya. Dengan adanya bukti berupa Audi ini, maka diharapkan mereka berasa selesa dengan kehidupan mereka. Dengan adanya Audi ini jugalah, memungkinkan saya mengambil alih setiap daripada urusan mereka, urusan yang menyusahkan mereka seperti hal berkaitan tanah pusaka. Dengan adanya Audi ini juga, saya akan mengalihkan setiap permasalahan yang tidak sepatutnya mereka fikir. Dan yang paling penting, saya akan mentop-up kewangan mereka agar mereka boleh menunaikan fardu Haji melalui pakej yang lebih selesa, bukan muasasah yang kadang-kala tidak sesuai dengan warga emas.
Apa yang penting, 24 Mac inilah tarikh keramat. Sekiranya semua berjalan mengikut yang direncanakan, insya-Allah, segala-galanya mungkin menjadi kenyataan. Jika tidak, keputusan ini terpaksa ditunda kepada tarikh yang lebih sesuai lagi.
Mudah-mudahan Allah memudahkan perancanganku ini, Ameen.
Langkah pertama, sekiranya kewangan kukuh, saya akan berhadapan dengan pihak bank. Apa yang terjadi selepas itu bergantung kepada jawapan pihak bank terhadap permohonan tersebut...
Tak dapat A4, dapat R8 pun jadilah... |
Tinta mencoret: Audi oh Audi. Setiap malam kumimpikan kehadiranmu...
Bandar Seri Putra, Bangi
wor! gud luck, kawan! =)
ReplyDelete