Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

08 March 2011

Tekanan Tinggi?


Hospital Besar Kuala Lumpur
Esok, saya kena menghadirkan diri ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalankan beberapa ujian kesihatan seperti urine test dan BP (blood pressure). Ada kencing manis ke sampai kena buat urine test? Ujian hari ini menunjukkan kepada tekanan darah yang tinggi memaksa doktor mengarahkan agar diulangi semula ujian tersebut seawal pagi esok (9 Mac 2011) dan diulangi setiap dua hari selama dua minggu.

Asalnya, saya ke sebuah klinik swasta untuk membuat pemeriksaan kesihatan kerana saya sakit kepala seawal pagi. Tak pernah berlaku sebelum ini sakit kepala pada sebelah pagi. Selalunya saya sakit kepala selepas waktu bekerja ataupun pada sebelah malam.

Jawapan doktor di klinik swasta tersebut agak meragukan. Saya nekad untuk membuat pemeriksaan di hospital kerajaan. Dan hasilnya, doktor mengatakan saya mengalami tekanan darah tinggi.

Dup dap hati bila dengar ulasan doktor. Walaupun kad pemeriksaan yang saya pegang itu tertulis bermacam-macam angka dan perkataan, tetapi satu pun saya tidak faham sehinggakan ia dijelaskan oleh doktor satu persatu. Antara beberapa ujian saringan yang saya jalankan, hanya BP test sahaja yang saya fail. Ujian menunjukkan bacaan tekanan darah kepada 155/99. Saya pun kurang faham nombor-nombor tersebut, tetapi doktor mengatakan ia bukanlah satu bacaan yang normal.

Tak sedap hati bila doktor kata macam tu. Baru umur awal 20-an, doktor kata tekanan darah tinggi. Doktor maklumkan yang tekanan darah tinggi adalah salah satu daripada penyakit warisan. Haa...? Jadi, sememangnya saya berpotensi untuk menghidapinya. Ya Allah, haraplah Engkau jauhkan penyakit ini daripada terus bersarang di dalam badanku, Ameen.

Tunggu sahajalah keputusan pemeriksaan 23 Mac ini. Semoga bebas daripada sebarang jenis penyakit yang kritikal.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

1 comment: