Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

14 March 2011

Dia Kata Ultraman 'Lari'...




Warga blog CTB (macamlah ramai sangat kakitangan) mengucapkan takziah buat Kerajaan Jepun dan mangsa bencana tsunami yang berlaku di luar persisir pantai Bandar Sendai, di wilayah Miyagi, Jepun.

Gegaran 9.0 pada skala Richter(sebahagian berita melaporkan 8.9 pada skala Richter) di dasar lautan Pasifik ini dirasai sehingga ke Tokyo, 373 km daripada pusat gempa. Gempa bumi yang berlaku di dasar laut ini mengakibatkan terhasilnya tsunami yang membadai Jepun dan 20 buah negara yang menghadap lautan Pasifik. Di Jepun, dilaporkan ombak tsunami memasuki kawasan daratan sejauh 10 km dari pantai.

Tsunami yang melanda Jepun Jumaat lepas dihasilkan oleh gegaran 9.0
magnitude, antara gempa bumi yang terdahsyat pernah dicatatkan.
Semalam, (Ahad, 13 Mac), Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan kenyataan bahawa ketinggian tsunami yang melanda Jepun dianggarkan sehingga melebihi 7.1 meter.

KEMATIAN

Agensi Polis Kebangsaan Jepun mengeluarkan kenyataan bahawa 1,647 kematian dicatatkan, manakala 1,990 cedera, manakala 1,720 yang lain hilang. Statistik ini melibatkan 16 wilayah yang terjejas dengan bencana, dan diramalkan bahawa jumlah yang mati ataupun hilang tersebut dijangka meningkat sehingga puluhan ribu.

Dua kematian dicatatkan di luar Jepun, masing-masing di Papua, Indonesia dan California, Amerika Syarikat.

Jepun dilaporkan lumpuh sepenuhnya dan beberapa kawasan diisytiharkan darurat oleh Kerajaan Jepun akibat daripada kegagalan berfungsi dan letupan tiga reaktor nuklear di Fukushima (sehingga entry ini ditulis).

Selepas bencana gempa bumi, tsunami, dan krisis nuklear melanda yang menyebabkan Jepun hampir lumpuh, satu lagi musibah bakal menimpa negara matahari terbit itu, letusan gunung berapi.

Gempa bumi dan tsunami yang membadai Wilayah Miyagi baru-baru ini
melumpuhkan Jepun hampir keseluruhannya.
Takziah sekali lagi kru CTB ucapkan buat Kerajaan Jepun dan mangsa serta keluarga yang terlibat dengan bencana ini.

MENTALITI KOLOT

Cumanya, saya selaku rakyat Malaysia berasa malu dengan sebuah karikatur yang disiarkan di akhbar Berita Minggu (Berita Harian edisi Ahad) semalam yang menunjukkan lakaran yang boleh mengguris hati dan perasaan mangsa-mangsa bencana di Jepun.

Karikatur lakaran Zoy menunjukkan adiwira terkemuka Jepun, Ultraman lari
lintang-pungkang apabila badai tsunami melanda.
Walaupun akhbar Berita Harian sudah menyiarkan permohonan maaf, namun sekiranya tiada sebarang tindakan tegas diambil terhadap Zoy selaku pelukis dan Ketua Editor selaku yang meluluskan penyiaran karikatur tersebut, permohonan maaf tersebut hanyalah sia-sia. Zoy langsung tidak memiliki sikap sensitiviti terhadap mangsa bencana sehinggakan tergamak untuk melakarkan karikatur yang sedemikian.

Karikatur yang menghina Jepun tersebut tersebar dengan pantas dan mendapat liputan CNN. Sekali lagi, Malaysia mendapat nama buruk di pentas antarabangsa selepas kecaman yang dibuat masyarakat luar terhadap konspirasi liwat II Anwar Ibrahim gara-gara ketidakprihatinan Berita Harian terhadap isu yang dimainkan.

Tinta mencoret: Mengapa perlu membuat LAWAK BODOH terhadap musibah yang melanda rakan kita di Jepun? Perlukah? Ataupun pelukis berkenaan benar-benar bodoh atau bermentalitikan kolot?

SRA Bandar Seri Putra, Bangi SDE

2 comments: