Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

05 March 2011

'Pelawak' Mengganas


Entah macam mana, berlakulah satu insiden yang tidak dapat dielakkan. Bukan sengaja untuk saya bertindak liar sebegitu. Walau bagaimanapun, saya mengakui tindakan sebegitu adalah salah di sisi undang-undang.

Banyak maklum balas dan kritikan yang saya terima daripada pihak-pihak yang berkenaan. Ada yang terus-menerus mengecam tindakan saya yang kononnya tidak berperikemanusiaan dan meletakkan kesalahan penuh ke atas pesalah, yakni saya.

Memang ya, mangsa bukanlah seorang yang sepatutnya menjadi mangsa sebaliknya tindakan 'jarak jauh' saya yang tersasar ketika itu membuatkan mangsa menjadi tempias tindakan tersebut.

Kecaman demi kecaman diterima. Ada yang menggelarkan saya dengan 'ustaz'. Faham-faham sahajalah bila diletakkan apostrophe sebelum dan selepas perkataan 'ustaz' itu, apa yang dimaksudkan dengan si pelontar kecaman itu adalah berlainan. Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan seorang ustaz sepatutnya perlu banyak bersabar.

Banyak bersabar? Saya tidak menafikan bahawa seorang ustaz sepatutnya memiliki sifat sabar. Tetapi bukankah sifat sabar itu sepatutnya perlu ada dalam setiap insan yang bergelar Muslim? Cakap macam tak ada ilmu agama. Sudahlah dia menasihati saya agar banyak bersabar sedangkan gaya kecaman yang dicampakkannya itu menunjukkan dia bukanlah seorang yang bersabar. Bukan kena kat batang hidung dia pun.

Sekali lagi saya ulangi, tindakan saya itu sememangnya satu tindakan yang salah DI SISI UNDANG-UNDANG. Tetapi apa yang saya lakukan bukan untuk mendera mana-mana individu. Apa faedahnya saya menyeksa atau mendera sedangkan saya tidak akan menerima apa-apa imbuhan terhadap tindakan tersebut? Gaji saya masih lagi RM1k (walaupun dikatakan sudah dilulus Kerajaan Negeri untuk dinaikkan). Lainlah kalau saya diberi RM100 bagi setiap pukulan dan bedalan.

Niat saya, saya mendidik lillahi Ta'ala. Walaupun ketidaksengajaan saya itu mungkin dianggap salah oleh masyarakat yang umumnya tidak faham dengan perangai anak masing-masing ketika di sekolah.

Walaupun ramai yang masih menumpukan perbahasan mengenai insiden tersebut, tetapi masih ada yang melihat kebaikan yang saya lakukan. Tak tahulah kalau-kalau pihak berkenaan tahu mengenai insiden tersebut.

Alhamdulillah. Kem Kepimpinan Pengawas yang diadakan di SRA Bandar Seri Putra bermula semalam (Jumaat, 4 Mac 2011) sehingga jam 3 petang tadi melabuhkan tirai dengan jayanya. Insya-Allah, gambar-gambar akan diupload dalam sedikit masa lagi.

Ustaz Khairul Amri menyampaikan sijil penyertaan kepada Syahmi
dari kumpulan Hasan al-Banna yang dipimpin Ustaz Syahmi.
Dalam satu tugasan yang diberikan, setiap peserta hendaklah memberikan komen terhadap fasilitator-fasilitator mereka yang terdiri daripada ustaz-ustazah mereka dan saya salah seorang daripada mereka. Saya kurang berminat membaca apa yang mereka fikirkan tentang ustaz-ustazah yang lain melainkan yang 'pelik-pelik' sahaja. Saya hanya baca apa yang mereka fikirkan mengenai saya.

Majoriti daripada mereka mengatakan saya seorang ustaz yang lawak. Lawak? Tergelak jugalah baca. Saya lawak ke? Wallahu a'lam. Itu pendapat mereka. Ustaz Amri selaku Guru Besar kata "Kalau lima orang tulis macam tu, maksudnya betullah."

Ustaz Shafiq ceria bergambar dengan anak murid ketika
Majlis Kecemerlangan Pelajar SRABSP tahun lepas.
Fikir baik-baik. "Ustaz Syahmi seorang yang lawak". Sudahlah muka macam tak reti nak senyum, tetapi mereka kata lawak. Terubat juga kalau itulah yang mereka rasa. Sekurang-kurangnya mereka selaku pengawas, murid terbaik yang dipilih di kalangan 1,000 orang murid berpendapat saya bukanlah seorang yang garang walaupun apa sebahagian kecil mengatakan saya tegas. Tegas? Hohoho...

Apa-apapun, saya pastinya kasihan dengan Ustaz Amri yang terpaksa berhadapan dengan mereka yang inginkan tindakan terhadap saya. Saya redha apa sahaja yang JAIS arahkan nanti. Apa yang pasti, saya akan mempertahankan diri sekiranya diarah berbuat demikian.

Seorang yang lawak yang mengganas...

Teringat entry saya selang beberapa minggu lepas.

Tinta mencoret: Orang tak ada iman akan sering melihat golongan agamawan sebagai orang yang bermasalah walaupun bukan semua daripada mereka bermasalah. Lain dengan orang yang kurang ilmu agama, mereka melihat agamawan sebagai golongan yang perlu dihormati kerana ilmunya. Wallahu a'lam bissowab.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment