Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

16 February 2011

Murid Itu Rakanmu


Riangnya mereka...
Makin lama berada di sini, makin seronok rasanya. Alhamdulillah, pendekatan 'mesra murid' yang saya ambil nampaknya semacam menampakkan hasil. Ketika kebanyakkan daripada kita masih mengekalkan pendekatan konservatif yang lebih selesa, saya mengambil langkah berbahaya untuk menjadikan konsep "Murid Sebagai Rakan" sebagai salah satu daripada modul ciptaan sendiri pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas.

Khairul Naim, antara anak didik
yang ceria di dalam kelas.
Mengapa saya kata bahaya? Sebabnya, jika pendekatan sedemikian boleh menyebabkan mindset mereka mengatakan guru seumpama rakan-rakannya yang lain, boleh dibuat main, boleh disepak-terajang, atau lebih senang lagi, boleh dipijak kepala.
Ya, itu memang tidak dinafikan. Tetapi bukan semua murid akan beranggapan sebegitu. Sifat hormat kepada guru masih ada lagi dalam dada mereka, tetapi cara dizahirkan sahaja yang berubah. Mereka hormat kepada guru yang 'mesra murid' dengan kaedah yang berbeza, selari dengan tanggapan mereka yang menjadikan guru yang 'mesra murid' sebagai rakan sebaya mereka.

Adakah anda boleh terima? Sekiranya tidak, elakkan daripada mencuba konsep tersebut.

Tahniah saya ucapkan kepada guru-guru yang menggunakan pendekatan ini. Terus terang saya katakan, pendekatan berhadapan dengan anak murid secara garang adalah tidak lagi bersesuaian dengan zaman kini, terutamanya di kawasan-kawasan elite dan bandar seperti di sekolah saya. Kasihnya ibu bapa terhadap anak-anak mereka tidak lagi sama seperti kasihnya ibu dan bapa kita dahulu. Mereka lebih percayakan anak mereka berbanding kata-kata guru. Oleh itu, pendekatan yang 'ganas' seharusnya dijauhi.

Apalah yang dibualkan tuh? Mesti tak perasan
ustaz snap gambar dari belakang...
Perangai anak-anak masak kini juga jauh berbeza dengan perangai anak-anak sewaktu kita kecil dahulu kala. Begitu juga dengan keputusan ibu bapa jika sesuatu terjadi kepada anak-anak mereka. Ibu bapa dahulu lebih mementingkan kepada pembentukan akhlak dan peribadi anak-anak. Sebarang kaedah yang boleh merubah sikap anak-anak 'dihalalkan' untuk diambil sesiapa sahaja, bukan hanya kepada guru, malah masyarakat juga. Jika anak didenda atas sebarang sebab kesalahan yang dilakukan, pastinya anak itu ditambah lagi dendanya jika diketahui ibu bapa masing-masing.

Situasi itu tidak lagi berlaku. Amat sukar untuk mencari ibu bapa yang cenderung kepada konsep "Sayang anak ditangan-tangankan". Rata-rata (bukan semua) ibu bapa tidak mahu melihat anak mereka dirotan, apatah lagi jika didenda seperti zaman dahulu, zaman yang menyanjung profesyen perguruan. Zaman kini, guru tidak lagi diangkat sebagai insan yang mulia, insan yang berkerah tenaga membina negara bangsa yang maju. Ditambah pula dengan pelbagai undang-undang yang digubal untuk menyekat proses pengajaran (yeke menyekat?). Sememangnya profesyen ini benar-benar mencabar!

Oleh sebab itu, konsep "Murid Sebagai Rakan" atau apa sahaja jolokan yang diberikan, adalah satu kaedah yang bersesuaian untuk diguna pakai sebagai satu bentuk pengajaran yang (boleh dikatakan) berkesan. Pergaulan mesra antara murid dan guru boleh membina satu rangkaian yang erat dan (pada pendapat saya) memudahkan lagi penyampaian input-input yang ingin disampaikan. Wallahu a'lam bissowab.

Lihatlah betapa cerianya mereka. Guru mana yang tidak seronok melihat gelagat muridnya yang riang.

Posing gaya apa ni?
Kelas 4 Ibnu Batutah. Yang kiri tu macam muka Amin,
murid masa di sekolah lama dahulu.
Saya tak ingat apa yang sedang berlaku masa ini.
Namanya Qasyful, tapi masa mula-mula masuk dulu,
saya asyik tersilap panggil dia Qusyairi.
Last sekali, jadilah Qasyful Qusyairi...
Waktu perhimpunan. Agak tegas pengawas di sini.
Tak sama macam pengawas di sekolah lama dulu.
Razlan, Hilman, dan Qasyful a.k.a Qusyairi...

Tinta mencoret: Tidak jemu mengajar hanya kerana melihat wajah mereka yang ceria.

SRA Bandar Seri Putra Bangi SDE

1 comment:

  1. budak2 sekarang kena cubit skit dh ngadu kat mak bapak..
    mak bapak pon sama naik je.. trus pegi serang cikgu..
    ayah sy dlu siap bg lesen kat cikgu..
    kalau sy nakal, wat lah apa saja.. asalkan jgn smpai patah.. heheh..

    ReplyDelete