Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

25 February 2011

Frust Tak Dapat


Semalam (Khamis, 24 Februari 2011), seperti kebiasaannya saya mengajar Naim mengaji al-Quran. Alhamdulillah. Bacaannya bertambah baik berbanding sebulan yang lalu. Cuma ada sedikit 'kureng' pada makhraj huruf dan kepanjangan nafasnya yang... hrm... sukar untuk 'diluruskan'. Insya-Allah, mudah-mudah Naim boleh memperbaik bacaan dari semasa ke semasa. Mudah-mudahan. Ameen.

Bacalah al-Quran setiap masa.

Semalam juga, saya menerangkan mengenai salah satu daripada bacaan special dalam pembacaan al-Quran menggunakan riwayat Imam Hafs 'an A'sim yang terletak dalam surah ath-Thur ayat 36.

Selepas selesai pengajian, sebelum saya bangkit, Naim mengajukan satu soalan kepada saya (lebih kurang beginilah): "Ustaz, apa ustaz rasa kalau ustaz masuk pertandingan tetapi ustaz tak dapat masuk?"

Ha? Saya pada mulanya kurang memahami soalan Naim. So, saya minta dia explain semula soalannya agar saya lebih memahami apa yang dimaksudkannya. Naim menerangkan yang dia gagal tersenarai dalam pasukan bola tampar sekolah selepas diaudition oleh pihak sekolah.

Saya faham dengan perasaan Naim. Saya masa sekolah dahulu berapa banyak yang saya tewas, tidak tersenarai, dan sebagainya. Bermula dari tingkatan satu di SAMSMeL sehinggalah saya menuntut di KUIS, berapa banyak aktiviti dan segala macam benda yang saya teringin untuk join tetapi disisihkan oleh 'masyarakat setempat' atas beberapa faktor. Kekadang terfikir juga, orang yang dipilih itu tidaklah molek dan bagus jika dibandingkan dengan kita. Itu pada pandangan peribadilah, pandangan orang lain tidak diambil kira.

Nak dikenang tak berguna lagi.

Think positive will attract positive things.
Itu dulu, zaman kanak-kanak Ribena. Kini, setiap sesuatu ini perlu dilihat secara optimis dan berfikir secara positif. If we think positive, we'll attract positive things. If we are always feeling down and behaving negatively, we'll attract negative things.

Berbalik kepada soalan Naim di atas, kebanyakkan daripada kita termasuk saya tidak terlepas daripada berasa frust dan sedih jika sesuatu yang kita inginkan itu tidak dapat dicapai; dalam konteks soalan Naim, tidak disenaraikan dalam pasukan bola tampar sekolah. Tetapi setiap sesuatu yang kita inginkan itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang terbaik buat kita.

Allah merencanakan hidup kita dengan setiap yang terbaik buat kita. Jika dia tidak izinkan sesuatu perkara itu kita peroleh, ada dua perkara kemungkinan diberikan oleh Allah swt kepada kita.

Pertama, mungkin sesuatu yang kita hajatkan itu bukanlah sesuatu yang baik bagi kita sebenarnya. Mungkin ia sesuatu yang bukan terbaik bagi kita. Allah gantikan sesuatu lain yang kita tidak suka sedangkan ia yang terbaik bagi kita.

Kedua, sesuatu yang Allah turunkan buat kita itu mungkin menjadi salah satu daripada proses didikan dan tarbiyyah agar diri kita menjadi lebih hampir dan dekat kepada-Nya yang menciptakan kita. Jika Naim tidak terpilih untuk mewakili sekolah dalam pasukan bola tampar, keadaan itu lebih baik buatnya (jika kita optimis). Naim sepatutnya berfikir adakah cara permainannya kurang baik berbanding dengan rakan-rakannya yang lain? Dengan cara itu, Naim akan cuba meningkatkan mutu permainannya kepada yang lebih cemerlang agar dapat terpilih untuk mewakili sekolah pada tahun hadapan.

Banyakkan berdoa bila diuji.
Mungkin juga apa yang terjadi itu tidak bersebabkan oleh dua perkara di atas. Walau apa pun sebab dan hikmah yang tersurat dan tersirat, Allah swt bukanlah mahu menzalimi kita. Setiap sesuatu itu pasti ada sebab berlakunya. Kita sebagai hamba-Nya perlu bersikap bersangka baik dengan setiap ketetapan Allah swt. Banyakkan berdoa agar hati kita dapat menerima setiap daripada apa yang sudah ditakdirkan. Mudah-mudah Allah swt memberikan sesuatu yang lebih berharga daripada apa yang kita inginkan itu. 

Tinta mencoret: Bak kata Ustazah Fazidatunnaim: "Sabar ajelah..."

والله أعلم بالصواب

Bandar Seri Putra, Bangi SDE

2 comments: