Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

02 February 2011

RM 25.00 untuk 10 Liter


Sekali lagi harga petrol gred RON 97 naik dan kali ini ia naik sebanyak 10 sen kepada RM 2.50 seliter. Harga petrol RON 97 selepas dinaikkan ini hampir sekali ganda daripada harga RON 95 yang dikatakan disubsidi oleh kerajaan.

Harga petrol RON 97 naik berikutan langkah Kerajaan Pusat mengapungkan harga petrol tersebut mengikut harga semasa bermula November tahun lalu dan menarik tanggungan subsidi sebagai langkah berjimat-cermat.

Berjimat-cermat?

Itu yang kerajaan cakap. Tetapi sedarkah kita bahawa merekalah (baca: Kerajaan Pusat) yang tidak berjimat-cermat! Merekalah yang boros dengan wang kerajaan! Apa cerita dengan penarikan 400 ribu buku teks Bahasa Inggeris akibat daripada pelbagai kesalahan cetakan? Kes ketirisan dan korupsi dalam Sime Darby yang dilaporkan pada tahun lepas pula bagaimana? Gaji Pengerusi Syabas yang nilainya mencecah RM 5.1 juta setahun?

Kita sebagai rakyat marhaen sudah bersedia bahkan sebahagian besarnya sudahpun mengamalkan gaya hidup yang berjimat cermat tetapi bila pula kerajaan dan menteri kabinetnya pula akan mula hidup dengan berjimat-cermat?

Agaknya elok kita tonton sendiri video di bawah ini (mungkin sebahagian daripada kita sudah pun tonton pada 2008 yang lalu) dan kemudian buatlah konklusi mudah...








Tinta mencoret: Semakin ramai rakyat bangang, semakin ramailah pemimpin yang kenyang! Kenyang makan harta rakyat!

Bandar Seri Putra, Bangi SDE

2 comments: