Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

31 January 2011

Stuck At Taman Melati

Alhamdulillah, akhirnya saya sampai juga ke rumah di Bandar Seri Putra setelah terkandas beberapa jam di hadapan Old Town Taman Melati. Sendiri yang cuai. Siapa suruh tinggalkan kereta dalam keadaan lampu tidak dimatikan lebih daripada 3 jam?

Memang salah sendiri. Jangan pula salahkan orang lain. Mengakulah kesilapan diri sendiri.

Terima kasihlah buat mereka yang sudi membantu 'menjana' semula bateri dan memeras keringat menolak Saga yang berat especially buat sahabat lama, Afnan.

Kedudukan kereta yang diparkir di lot kedua berhadapan dengan Old Town sememangnya agak berbahaya untuk ditolak kerana terlalu hampir dengan simpang masuk daripada MRR2. Kereta bertali arus memasuki kawasan tersebut. Agak sukar untuk menolak keluar daripada kawasan parkir. Pada asalnya saya bercadang untuk menggunakan jumper untuk mengecas bateri kereta yang kong daripada kereta Afnan, tetapi nasib tidak menyebelahi kerana kebetulan kesemua keretanya dipinjamkan kepada emak dan adiknya.

Mahu tidak mahu, terpaksalah tunggu sehingga lewat malam. Terus terang saya katakan, sekiranya tidak dapat dihidupkan kereta pada malam itu, saya akan bermalam di dalam kereta sehinggalah keesokkan hari dan bertolak ke Bangi dengan LRT. Otak sudah tidak mampu berfikir lagi kerana terasa agak keletihan memikirkan jalan terbaik untuk menghidupkan kereta sejak dari mula. Pelbagai cara yang Afnan cadangkan tetapi banyak yang saya bantah kerana bimbangkan keselamatan disebabkan lokasi kereta diparkir.

Entah macam mana, tidak jauh daripada kereta, terdapat sebuah tow truck berhenti berhampiran Petronas. Afnan yang perasan kelibat tow truck tersebut. Saya masih lagi blur, tidak berfikir. Afnan bergegas ke arah tow truck tersebut dan meminta tolong daripada dua orang pekerja yang mahu menunda sebuah kereta di situ.

Akhir sekali, dengan bantuan Afnan dan dua orang, kereta saya berjaya distart. Alhamdulillah.

Sekali lagi, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang berada di tempat kejadian dan sanggup membantu saya ketika dalam kesusahan. Semoga Allah yang akan membalas budi dan jasa kalian dengan ganjaran pahala dan syurga yang dijanjikan, Ameen.

جزاكم الله خيرا جزاء
Jazakumullahu khairan jazak!

 
Tinta mencoret: Jangan jadi macam ada orang tu, masa kita minta tolong, ada sahaja alasan yang diberinya. Time dia minta tolong, manis mulut merayu kalau ditolak. Lepas tu kata macam-macam, tuduh macam-macam. Harap sahaja keputusan peperiksaan cemerlang tapi pentingkan diri sendiri!

My beloved car.

Bandar Seri Putra, Bangi SDE

5 comments:

  1. hahaha...memg menarik kejadian yg tak terduga..tertipu oleh adik sendiri..anyway,,thanks sebab sudi datang menjenguk sahabat yg amat3 lama tidak ditemui (macam program tv lak..cheEwah..) hehehe..ape2 pon kalo xdapat nk buat ap2 malam tadi,xde la aku barkan ko tido dalam kreta..hahahhahaaha..have a nice day sahabat..=)

    ReplyDelete
  2. salam pagi selasa =)


    tak pandai bawak keta..huhu

    ReplyDelete
  3. Adil: Alhamdulillah... semua ketetapan Tuhan...

    Syira: Wassalam... takpe, tak pandai boleh belajar... kita semua asalnyer pown tak pandai jugak...

    ReplyDelete