Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan.
Kerajaan Malaysia sejak mula merdeka sehinggalah saat ini seringkali mewar-warkan mengenai keharmonian dan perpaduan masyarakat majmuk yang kononnya hidup saling menghormati antara satu dengan yang lain. Kempen untuk mengekalkan perpaduan sentiasa diadakan yang diperbaharui serta diberi dengan pelbagai nama seperti contoh yang terkini, 1Malaysia dengan tema "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
Berita arus perdana kebanyakkannya menyiarkan mengenai keberhasilan kempen-kempen perpaduan nasional yang dicetuskan Kerajaan Pusat (kononnya). Setiap daripada media arus perdana bagai menjadi mulut
Pelbagai contoh dapat dilihat. Ekonomi misalnya, Kerajaan dengan megahnya mengatakan bahawa ekonomi Malaysia berada di landasan yang betul, makin ramai pelabur dari luar melabur, nilai mata wang meningkat, dan segala macam propaganda yang baik tetapi hakikatnya, ekonomi masih belum pulih selepas 2008 yang mana menyaksikan kebanyakkan daripada negara di dunia mengalami kegawatan ekonomi yang agak parah. Manakan mungkin kadar inflasi meningkat dengan begitu mendadak, harga petrol khususnya RON 97 semakin hari semakin naik jika dikatakan ekonomi negara semakin pulih dan meningkat?
Berbalik semula kepada perpaduan yang saya nyatakan di atas. Kempen perpaduan seringkali digambarkan media arus perdana khususnya RTM sebagai lidah rasmi kerajaan sebagai "amat berjaya sekali". Hakikatnya, perpaduan yang dicanangkan pihak Kerajaan semakin hari semakin teruk! Mereka bangga kononnya kerjasama antara mereka; UMNO, MCA, dan MIC dalam ikatan Barisan Nasional sebagai contoh perpaduan dan keharmonian yang dijalin antara tiga bangsa yang
Perpaduan konon! Tolak ansur konon!
Antara mereka sendiri, ada yang tidak boleh menerima kemajmukan masyarakat negara dan bertindak memusuhi Islam secara sedikit demi sedikit.
Saya ada terbaca dalam beberapa ruangan maya mengatakan bahawa, salah seorang penduduk Cina di Pantai Hill Park yang menjadi ahli seumur hidup dalam MCA, parti yang
Beliau yang merupakan seorang peguam telah menulis surat kepada Perdana Menteri, dan beberapa orang menteri kanan yang berkaitan pada 20 Disember 2010.
Muka pertama surat bantahan yang dihantar. Klik pada gambar untuk pembesaran. |
Muka kedua surat bantahan yang dihantar. Klik pada gambar untuk pembesaran. |
Imam ke yang laungkan azan?
Calm down. Jangan ikut emosi.
Bantahan yang telah dibongkarkan ini nampaknya satu tamparan hebat buat kepimpinan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri yang terkenal dengan gagasan perpaduan 1Malaysianya. Dengan terbongkarnya surat bantahan tersebut, nampaknya, antara mereka sendiri ada yang tidak menghormati kemajmukan rakyat yang ada di dalam negara kita.
Firstly, beliau sendiri mengakui bahawa Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Seharusnya, apa-apa yang melibatkan Islam atau syiar Islam yang disebarkan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana bahagian ataupun persendirian di dalam Persekutuan. Beliau sebagai peguam sepatutnya lebih arif mengenai perkara ini. Azan Subuh merupakan salah satu daripada syiar Islam, salah satu daripada lima azan yang dikumandangkan seharian.
Syiar? Apa itu syiar? Syiar bermaksud kemuliaan dan kebesaran. Jikalau azan dikawal, maksudnya kebesaran Islam itu dikongkong. Bolehkah dikatakan Islam sebagai agama rasmi sekiranya kebesaran Islam yang sepatutnya dilaungkan itu dikawal?
Kenyataan beliau bahawa dengan mengurangkan volume azan tidak akan menjejaskan status Islam sebagai agama rasmi Persekutuan adalah disangkal dan tidak tepat sama sekali!
Saya rasa, Kerajaan pimpinan Perdana Menteri seharusnya mengamalkan win-win situation. Cadangan ini adalah buat Kerajaan Barisan Nasional
- Orang Cina DILARANG SAMA SEKALI memasak babi di dalam kawasan campuran. Bau masakan babi dan asapnya mengganggu hidung orang Islam.
- Orang Cina juga DILARANG SAMA SEKALI membela anjing. Anjing akan menyalak jika ada orang yang melintasi rumah yang 'dikawal'nya, bukan hanya menyalak kepada orang yang mahu pecah rumah sahaja, tetapi juga menyalak kepada pak haji dan imam masjid yang baru pulang dari masjid. Kadang-kala juga menyalak bila ada orang baru pulang daripada tempat kerja lewat malam. Nyalakkan ini juga mengganggu orang bukan sahaja orang Islam, bahkan orang bukan Islam juga!
- Orang Cina juga DILARANG SAMA SEKALI menternak babi sebab babi kotor. Kebanyakkan tempat yang ada kandang babi, pastinya sungainya akan kotor tercemar dengan sisa kumbahan daripada babi-babi yang diternak. Sungai ini akhirnya akan mengalir ke perkampungan dan kawasan tempat tinggal orang Islam!
- Orang Cina DITEGAH daripada mengetuk atau menggunakan alat musik semasa mengadakan tarian naga setiap kali tibanya Tahun Baru Cina. Itu juga akan mengganggu ketenteraman setempat, lebih-lebih lagi itu bukan daripada amalan agama rasmi Malaysia. Seelok-eloknya gunakanlah CD kerana kekuatan bunyinya boleh dikawal. Mercun yang dibakar juga haruslah mercun yang kurang bising bunyinya. Musik yang dimainkan ketika upacara kematian juga seharusnya direndahkan dan lagi baik ditiadakan terus.
Tidakkah beliau tahu, waktu azan Subuh dilaungkan, seawal 5.30 pagi dan paling lewat sekitar 6.10 pagi adalah waktu yang paling ideal untuk seseorang itu bangkit daripada tidur? Kalau tidak mahu bangun awal, pukul berapa pula nak bangun? Pukul 10? 12? Masa bermula daripada azan dikumandangkan itu boleh diisi dengan banyak aktiviti yang menyihatkan seperti berjoging, bersenam, tai chi, yoga, dan sebagainya. Lebih praktikal dilaksanakan pada waktu pagi yang nyaman berbanding waktu petang yang panas. Paling tidak pun, waktu tersebut boleh diisi dengan pelbagai kerja seperti menyediakan breakfast untuk family.
Ng Kian Nam |
Cadangan Ng Kian Nam untuk mengurang volume suara azan amatlah tidak sesuai. Pelaksanaan terhadap cadangan tersebut memungkinkan golongan yang anti-Islam akan terus berjuang untuk menafikan laungan azan dalam negara kita.
Dialog antara kita sebagai seorang Islam dengan mereka yang bukan Islam seharusnya dijalankan dengan lebih kerap. Penerangan demi penerangan mengenai Islam perlu diberikan agar sekurang-kurangnya mereka faham tentang Islam yang sebenarnya serta senang hidup bersama masyarakat yang mengamalkan Islam walaupun mereka tidak menukar agama kepada Islam. Dalam masa yang sama, kita juga akan dapat mengenali permasalahan yang sering bermain difikiran mereka serta dapat mengetahui budaya dan amalan mereka dalam kehidupan seharian. Ini sesuai dengan kehendak Allah swt melalui firman-Nya:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari kalangan lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku puak, supaya kamu saling mengenali (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).
Untuk maklumat, Ng Kian Nam adalah Naib Pengerusi Biro Perancangan Strategik Pemuda MCA.
Tinta mencoret: Mana perginya PERKASA dan
Bandar Seri Putra, Bangi SDE
Untuk bacaan lanjut.
- Penduduk Cina bantah Azan di Masjid Pantai Dalam
- http://www.azizbos.com/2011/01/seorang-penduduk-cina-membantah-azan-di.html
- Ahli MCA Pula Tak Puas Hati Tentang Azan di Masjid Pantai Dalam
- http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=News&file=print&sid=5187
- http://asriblog.blogspot.com/2011/01/penduduk-cina-bantah-azan-di-masjid.html
- http://mforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=522929
- http://www.facebook.com/topic.php?uid=161086313901684&topic=988&start=0&hash=d1d7aef80185495f39c3d4fc9bcca636
MCA dogs!
ReplyDeletehuh! depa dok buat bising dengan gendang2 tu, kita tak kecoh pon..
ReplyDelete1 malaysia la sgt kan..
FAILED!