Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

17 January 2011

Pendekatan Baharu Di Tempat Baru

Ketua kelas 4 Ibnu Rusyd, Farhan (Kiri) dan kawan baiknya, Razlan semasa sesi hafazan Surah al-Fajr. Antara murid yang sporting di dalam 4 Ibnu Rusyd.
Masuk minggu ketiga saya berkhidmat di Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra (SRABSP). Alhamdulillah. Sedikit demi sedikit, saya cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran yang agak baharu. Memang ada hikmahnya saya ditempatkan di sini.

Murid-murid di sini kurang rapat dengan guru-guru, tidak seperti di SRA Desa Putra. Entahlah, mungkin mereka agak kekok sedikit bila berinteraksi dengan guru. Dalam satu kelas itu, hanya beberapa kerat sahaja murid yang "mesra alam". Yang lain hanya melayang dengan dunia masing-masing.

Harap semuanya berjalan dengan lancar. Tidak mahulah jadi macam sebelum ini, segala-galanya nampak indah tika mulanya, tetapi hancus pada pengakhirannya. Bak kata Ustaz Amri, "Yang lepas tu lepas".  Kata-kata beliau tersebut membuatkan saya bersemangat untuk membina semula kerjaya yang lebih bersih dan terbaik berbanding dengan kerjaya sebelum ini.

Hubungan antara saya selaku guru dengan anak murid khususnya murid 4 Ibnu Rusyd bawah seliaan saya akan dijaga sebaik mungkin. Sifat marah akan cuba dikurangkan dan digunakan pada tempat yang betul. Kalau boleh nak lah menang anugerah guru pilihan murid, hehehe. Terlebih beranganlah pula...!

Kini, cuti dua hari setiap hujung minggu terasa sunyi. Mahu rasanya untuk memaksa murid-murid hadir juga ke sekolah. Jika dahulu, setiap kali selepas kelas, terasa mahu dihidupkan enjin kereta untuk pulang ke Kuala Lumpur, tetapi kini bayangan tersebut hilang pergi.

Di sini, saya mengajar hanya tiga mata pelajaran sahaja; Tajwid, Tilawah, dan Hafazan, berbanding lima mata pelajaran; Tajwid, Tilawah, Hafazan, Tauhid, dan Feqah, semasa di tempat lama.

Saya pernah terbaca, sekiranya kita mahu berubah, kita kena berubah tempat dan suasana. Perubahan tempat berkhidmat ini akan saya gunakan sebaik mungkin untuk berubah. Saya tidak mahu jadi seperti sebelum-sebelum ini, baik di Desa Putra, di Bukit Mahkota, atau di mana-mana sahajalah saya ditempatkan selama ini. Muak dengan sifat manusia yang suka mencari kesalahan tanpa sedikit pun mahu melihat kebaikan yang terselit antara keburukan yang terpancar. Bila dilihat sahaja keburukan tersebut, maka ternafilah segala kebaikan yang pernah dirasai mereka selama ini. Bukan itu sahaja, sifat ego juga menyebabkan mereka tidak mahu menerima penjelasan yang cuba diberikan, kadang-kala sengaja tidak mahu mendengar penjelasan daripada pihak lagi satu.

Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini untuk berubah kepada yang lebih baik. Bantulah dengan mengekalkan prasangka feedback yang baik daripada murid-murid, rakan sekerja, pihak atas, masyarakat sekeliling, dan semua pihak yang berkait dengan kedudukanku sebagai seorang warga pendidik di SRABSP. Kauhindarkanlah segala niat buruh sesetengah pihak yang resah dengan keadaanku serta patahkanlah usaha mereka-mereka yang cuba menjatuhkan imej dan kedudukanku dengan cara yang tidak bermaruah. Sesungguhnya hamba-Mu amatlah lemah dalam usaha dan tindakan sekiranya tanpa bantuan daripada-Mu.

Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra
Tinta mencoret: Pasang niat untuk naikkan nama SEKOLAH RENDAH AGAMA BANDAR SERI PUTRA sehingga dapat menyaingi Sekolah Rendah Agama Desa Putra dalam masa 10 tahun. Insya-Allah, SRABSP pasti boleh...!

Bandar Seri Putra, Bangi SDE

4 comments: