Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

04 February 2011

Revenge?

AMARAN PERTAMA: Kepada yang berkenaan, sila baca entry ini sehingga habis, jangan hanya baca tajuk dan sebahagian awal daripada entry ini kerana ada mesej yang ingin saya sampaikan kepada anda. Saya tahu anda sememangnya hanya suka baca tajuk dan malas baca isi yang berjela-jela. Sebab itu anda asyik tak tahu banyak benda walaupun anda pernah dapat Anugerah Dekan lima kali berturut-turut. Pandai hanya atas kertas.

AMARAN KEDUA: Artikel ini adalah sambungan daripada artikel Selfish ke? Sila baca artikel tersebut sebelum membaca artikel ini kerana kedua-duanya sangatlah berkaitan.

Entah kenapalah si Mamat seorang nih. Bila kita kata dia tak pernah bantu kita, dia kata kita revenge, kita balas dendam. Sebelum ini, saya ada mengajak beberapa orang kenalan untuk berendam dalam kolam air panas di Sungai Serai, Hulu Langat. Sebenarnya, bukan saya yang ajak mereka, tetapi mereka yang ajak saya tetapi ke destinasi yang berbeza pada asalnya. Ajakan saya menjadikan tiga arah tujuan pada hari tersebut berbanding satu destinasi yang mereka cadangkan pada asalnya.

Oleh kerana mahu mengelakkan daripada menghantar mesej melalui telefon yang akan menelan beberapa sen kredit panggilan, saya meletakkan status di wall Facebook untuk hebahan kepada mereka-mereka yang berkenaan dan juga kepada yang mahu menyertai.

Entah macam mana, si Mamat ni tetiba mencelah, bertanya mengapa tidak diajak sekali dirinya. Kalau setakat tanya kenapa tak ajak, kuranglah sedikit hangin, tetapi dihujung ayat tersebut ditambah "pastu xnk tlong aku...=(" Suka hati akulah nak tolong kau ke tak!

Boleh pula dia ungkit apa yang berlaku sebelum ini? Selama meminta pertolongan daripada dia, tak pernah saya mengungkit apa-apa pun sehinggalah status ini ditaip, tetapi, hanya satu pertolongan yang dia minta ditolak, terus sahaja diungkit dan dijaja untuk dibaca orang ramai kononnya kita tidak mahu menolongnya. Shame on yourselflah!

Assignment sendiri, task sendiri, buatlah sendiri. Takkanlah budak yang dapat lima kali berturut-turut Anugerah Dekan semasa belajar di KUIS dahulu tidak mampu menyelesaikan assignment mudah? Itulah... Siapa suruh bertangguh buat assignment sampaikan task yang mudah (bagi budak yang lima kali dapat Anugerah Dekan) pun tidak mampu untuk diselesaikan disebabkan kesuntukan masa.

Lain kali, nak mengomen fikir dulu sebelum saya tembak habis-habisan. Ingat perasaan dia sahaja yang perlu dijaga. Perasaan orang lain macam mana pula? Bodoh punya orang! Harap je dapat Anugerah Dekan.

Kebetulan, saya masih simpan lagi mesej 'rayuan' si mamat ini. Rasanya perlulah saya tampal dalam entry ini untuk tatapan bersama.

Dengan elok saya menerangkan ketidaksempatan saya untuk membantunya, kemudian, dia terhegeh-hegeh menghantar beberapa mesej 'merayu' agar dapat menolongnya... Tak termakanlah dengan rayuan mamat lembek nih. Hahaha... Kalau setakat belanja chicken chop, aku pun boleh beli sendirilah! Tak batak de dengan chicken chop tuh! Klik pada gambar jika ingin membaca mesej tersebut.

 Dahlah cuba untuk memburuk-burukan imej pada status di wall Facebook saya, kemudian bermegah itu-ini. Kenapa masih terhegeh-hegeh minta pertolongan kalau mampu menyelesaikan task tersebut? Sememangnya dia suka untuk menceritakan perihal orang lain kepada orang lain, sifatnya yang sememangnya saya ketahui sejak sekelas dengannya dahulu. Sebagai seorang yang belajar agama (dan mendapat Anugerah Dekan lima kali berturut-turut dalam pengajian Islam), dia sepatutnya tahu membuka aib seseorang itu adalah SALAH DALAM ISLAM. Kalau setakat menceritakan perihal orang lain tanpa dikaitkan secara terus, itu mungkin boleh dimaafkan lagi (seperti yang saya buat dalam entry ini), tetapi kalau secara terang-terangan cuba memburukkan reputasi saya terutamanya dihadapan anak murid, hati siapa yang tidak akan terbakar?

Dulu sibuk menasihatkan agar saya menukar gaya bahasa supaya tidak menyakitkan hati orang lain. Tup-tup, dia sendiri menaip komen seolah-olah komen tersebut langsung tidak membawa apa-apa kesan dalam hati. Tengok tempatlah! Kalau setakat kawan-kawan yang membaca komen tersebut, tidaklah berapa kisah apa yang ingin ditulisnya. Tetapi jika status tersebut secara terang-terangan ditujukan kepada seseorang, jangan nak ikut sedap tangan menaip apa yang disukai. Ingat apa yang dikatakan setahun lepas sebelum melakukan perkara yang hampir serupa dengan nasihat yang dia berikan dahulu.

Shame on yourself. Harap luaran sahaja yang nampak baik, tetapi sebenarnya HAMPEH!

Tinta mencoret: Kalau ramailah orang lepasan Pengajian Islam macam si mamat ni, pasti imej Islam makin tercalar! Sebab suka menonjolkan kesalahan orang lain.

Taman Permata, Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

1 comment:

  1. well, syahmi. sabar. bila tengah emosi, elak daripada menulis.. hehe. jangan jadi se"rendah" dia. okay?

    ReplyDelete