Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

30 July 2012

Amal Islami Itu Semua Haram...

Salam Ramadan 1433H.

Didikan solat bermula daripada kecil.

Saya adalaha antara ibubapa SRA, bukan tempat tuan. Anak saya masuk juga amal islami. Saya check anak yang dah darjah 6 , ada ustaz/ustazah ajar solat sebagai amal islami dengan sempurna tak?- memantau perorangan dari wudhuk doanya, praktikal solatnya.

Tiada..yang ada gitu-gitu...umum
ramai ramai, lebih kurang. bukan dipantau satu persatu dari mula sampai habis TERPEINCI.

Maaflah kalau hal ini menggangu blog anda. Tapi fikirlah SOLAT tiang AGAMA dan lain-lain dalalah tentang solat.

Amal islami itu semua haram tak guna apa pun kalau anak tidak dititikberatkan menguasai asas kesempurnaan solat.

program amal islami JAIS walaupun dalam lingkungngan kebaikan, masih jauh melencong dan langsung tidak akan menghasilkan jiwa KAMIL, kerana perkara yang paling pokok, yang akan dihisab dialam kubur, tentang solat tidak menjadi keutamaan. Hanya hooray-hooray, longgok-longgok.
18 Mei 2012

Saya terlupa dengan janji saya sebelum ini dalam entry "Pasca PPT 2012" yang mahu mengulas komentar yang dilemparkan dalam entry "Dari KAMIL Hinggalah Pemantauan BPI JAIS."

Mula-mula, saya nak fokuskan kepada fatwa yang dikeluarkan oleh Cik Anon: "Amal Islami itu semua haram."

Wah, senang-senang je kata haram? Kalau macam tu, kejohanan sukan sekolah pun haram, pertandingan syarahan antara sekolah pun haram, dan segala macam bentuk pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah juga haram. Sebabnya, ia tidak menjurus kepada pemahaman solat murid, dan yang pastinya, kesemuanya langsung tidak menyentuh perkara berkaitan pendidikan solat.

Jangan pula menjawab:
"Itu sekolah kebangsaan,
sekolah agama sepatutnya memfokuskan kepada agama!"

Eh, macam tu pula ke?
Bukan ke di sekolah kebangsaan ada Pendidikan Islam?
Bukan ke di sekolah kebangsaan juga ada ustaz dan ustazah?
Bukankah sesi pembelajaran di sekolah kebangsaan lebih panjang, lebih kurang 5 jam berbanding di sekolah agama yang hanya 3 jam?
Kenapa pula perlu menuding jadi kepada sekolah agama sahaja?

Tugas mendidik anak dengan didikan agama sebenarnya adalah tugas ibu dan bapa. Ibnu 'Umar pernah memberi nasihat kepada seorang lelaki:
أدب ابنك فإنك مسؤول عنه ما ذا أدبته وما ذا علمته
وهو مسؤول عن برك وطواعيته لك
Ajar anakmu kerana kelak Allah bertanya kepadamu mengenai apa yang kamu ajarkan kepadanya. Allah juga akan bertanya kepada anakmu berkenaan bakti dan ketaatannya kepadamu.

Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam pernah bersabda:
كل مولود يولد على الفطرة، فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه. أو كما قال
Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci, bersih), maka ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala,
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

Jadi, adakah memberikan pendidikan agama itu adalah 100 peratus tanggungjawab guru? Tidak. Ibu bapalah yang bertanggungjawab memberikan didikan agama kepada anak-anak mereka...!

Bila disentuh bab solat, juga segala perkara yang terkait kepada solat seperta bab taharah, wudhuk, dan sebagainya,  ia juga adalah tanggungjawab asal ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka boleh melaksanakan solat dengan sempurna.

Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam,
مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناءكم سبع سنين واضربوهم عليها وهم أبناء عشر وفرقوا بينهم في المضاجع. أو كما قال
Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan rotan (sekiranya mereka enggan mendirikan solat) ketika berusia sepuluh tahun, dan pisahkanlah tempat tidur mereka.
HR at-Tirmidzi dan Abu Daud dengan lafaz yang berbeza

Rasanya faham kot dengan hadith di atas. Rasulullah jelas menyuruh ibu bapa mendidik anak-anak mereka. Jadi kenapa perlu guru dipersalahkan sekiranya anak-anak mereka tidak reti solat?

Bagaimana seorang guru dapat memberikan tumpuan dan memantau seorang demi seorang murid mereka yang begitu ramai? Logik ke? Sedangkan ibu bapa sendiri tidak mampu untuk mengawal empat orang anak mereka daripada menjadi liar, inikan pula lima orang guru yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik lebih 200 orang murid dalam satu waktu.

Ditambah pula masa yang terlalu singkat, 3 jam seharian, ia tentu menjadi rumit untuk memastikan anak murid mereka mampu solat dengan sempurna!

Saya yakin, sebilangan besar ustaz dan ustazah, sama ada di sekolah kebangsaan mahupun di sekolah agama komited dalam mendidik anak murid mereka dengan didikan agama yang sempurna. Namun, semuanya akan berbalik kepada ibu bapa. Sekiranya ibu bapa mengambil sikap acuh tak acuh terhadap didikan agama kepada anak mereka, sekuat mana pun usaha guru mereka, ia ibarat menuang air ke daun keladi.

Bergambar dengan wakil SRA Bandar Seri Putra semasa KAMIL Daerah Sepang 2012.
Dari kiri: Qasyful, Zafri, Haikal (duduk) Iqbal, saya, Izwan Syafiq, Adam, Ustaz Asyraf, dan Adlan.
Eh, ustaz pun join event haram? Amal Islami tu HARAM...!
Apa pun, keberhasilan seorang anak dalam pengetahuan agama, itu semua bergantung kepada Allah. Setelah ibu, bapa, guru, dan masyarakat berusaha mengikut kapasiti masing-masing, hasilnya hendaklah diserahkan kepada Allah dengan iringan doa, agar anak tersebut menjadi anak yang soleh dan solehah.

Selamat bersahur, berpuasa, dan selamat berbuka puasa.

Tinta mencoret: Janganlah kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar...!

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

Bacaan lanjutan untuk pencerahan:
  1. Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus
  2. Didikan Bermula Dari Rumah
  3. Rehal Child Development Centre

2 comments:

  1. Sekali imbas dengan tajuk tu....rasanya pelik plak ada org mengutara persoalan yang begitu....BASIC nya....mmg tanggungjawap ibu bapa....errr...pelik2...

    ReplyDelete