Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

28 July 2012

Sakit Hati Dengan Antagonis

Salam Ramadan 1433H



Kita selalu tengok drama kat TV atau mana-mana filem, ada yang menceritakan tentang anak derhaka, isteri bagi makan nasi kangkang, penderaan, tak puas hati antara satu sama lain, dan sebagainya.

"Teruklah anak Mak Kiah tuh. Sanggup dia dera mak kandung dia sendiri...?"
"Celaka betul bini dia ni. Dah le pakai susuk,                             
sanggup bagi nasi kangkang kat laki dia...!"
"Sanggup dia tikam kawan baik dia dari belakang?"
"Menyampah betul aku tengok citer macam nih. Buat sakit hati jer."

Apa perasaan kita tatkala menonton? Mesti ada rasa geram kepada watak antagonis yang terdapat dalam drama atau filem tersebut. Betul tak...?

Cuba kita selami dengan cara meletakkan diri kita pada watak protagonis sesuatu drama yang mana watak tersebut sering ditindas oleh watak antagonis. Jika watak protagonis terlalu lemah sehingga sering ditindas, selami sifat lemah dan keadaan ditindas tersebut. Jika watak protagonis kuat melawan sehingga dicemuh masyarakat yang menyokong watak antagonis, selamilah keadaan watak yang dipulau masyarakat.

Ha... Jangan terkejut jika terdapat watak-watak tersebut wujud di sekeliling kita.

Sungguh beruntung kepada mereka yang memiliki ahli keluarga, memiliki kawan-kawan, memiliki rakan sekerja, dan memiliki masyarakat setempat yang baik, yang bersikap menyokong.

Namun, bagaimana pula jika memiliki keluarga, kawan, rakan sekerja, dan masyarakat yang sebaliknya?

Ketika pulang ke rumah, berhadapan dengan isteri yang tidak menghormatinya sebagai suami, berhadapan dengan anak-anak yang langsung tidak menjadi penyejuk ketika mata memandang.

Ketika ke tempat kerja, berhadapan dengan rakan sekerja yang suka mengadu domba sehinggakan kita difitnah, ditindas, dan ada juga dihalang daripada kenaikkan pangkat semata-mata perselisihan faham dan khabar angin tersebut.

Ketika bergaul dengan kawan-kawan, ada yang talam dua muka, di hadapan kita baik bak malaikat, namun ketika jauh di belakang, teruknya mengalahkan Firaun!

Ketika terlibat dengan masyarakat, kehadiran kita tidak disenangi dek kerana khabar angin yang disebarkan oleh beberapa kerat ahli komuniti.

Jangan bersedih sekiranya kita berhadapan dengan salah satu atau lebih situasi di atas. Sesungguhnya, Allah Subhanahu Wa Ta'ala sengaja mencetuskan keadaan-keadaan sedemikian dalam kehidupan kita dengan beberapa tujuan.

Pertama, sebagai ujian dan menjadi kayu ukur keimanan dan ketakwaan kita kepada-Nya. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). 
AQ 2:214

Sedangkan Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam menghadapi ujian yang lebih berat, adakah kita boleh dikatakan sempurna iman hanya dengan nikmat dan kelebihan daripada Allah tanpa diuji sedikit pun? Kekasih-Nya pun diberikan ujian sepanjang usaha dakwah Baginda, apatah lagi diri kita...

Kedua, keadaan persekitaran yang menekan itu menjadi madrasah kehidupan buat kita. Kita mendapat tarbiyyah secara langsung daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang tidak ternilai harganya, tarbiyyah menguatkan diri dan pegangan hidup. Ada juga pengajaran yang begitu berguna selepas kita selesai mengharungi ujian tersebut.

Jadi, jangan jemu untuk bersabar dan mengharapkan pertolongan Allah Subhanahu Wa Ta'ala ketika berhadapan dengan musibah. Sesungguhnya, Allah amat rindukan doa daripada hamba-hambanya.

Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa.

Tinta mencoret: Beruntunglah kita mendapat perhatian daripada Allah.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment