Wafir yang sedang termenung. Katanya penat nak kayuh basikal... |
Gambar ni diambil oleh Hakimin. Entah bila dia ambil, sayapun tak sedar. Time ni, Wafir sedang dengar gurunya bercakap |
Menempuh perjalanan dari Bandar Seri Putra ke Kuala Lumpur sememangnya memenatkan. Walaupun jarak antara keduanya hanya lebih kurang 60 kilometer sahaja, namun disebabkan banyak kenderaan yang berada di atas jalan raya, perjalanan yang sepatutnya mengambil masa tidak sampai satu jam boleh menjadi hampir dua jam, pernah juga menjadi tiga jam.
Namun, itulah keadaan yang terpaksa saya lalui setiap hari.
Kebiasaannya, saya tidak terlalu berkejar untuk pulang ke rumah, namun dalam bulan Ramadan, saya terpaksa juga meredah kesesakkan lalu lintas kerana mengejar waktu berbuka puasa, juga solat tarawih di surau berhampiran rumah. Di surau ini juga diselitkan tazkirah antara Tarawih dan Witir bagi memberi makan kepada jiwa, menyedarkan diri dengan tanggungjawab sebagai hamba Allah di atas muka bumi. Keseronokkan dan kemeriahan berjemaah di surau tersebut dapat saya rasai.
Juga tidak mahu ketinggalan, program tadarus al-Quran bersama pak cik-pak cik dan adik-adik yang diadakan di surau tersebut, ada dalam tujuh kumpulan, 10 orang setiap kumpulan.
Lebih kurang jam 12 malam, baru saya sampai ke rumah.
Cuma Selasa lepas (24 Julai), saya sampai awal sikit, 11.00 malam sebab tazkirah tidak dapat diadakan kerana penceramah tidak hadir atas sebab musabab yang tidak dapat dielakkan.
Surau ini yang begitu diimarahkan oleh jemaahnya, bukan hanya pada bulan Ramadan, tetapi juga pada bulan-bulan lain. |
Penuh masa dengan ibadat pada waktu malam, tidak terfikir untuk melaksanakan perkara-perkara lain.
Pagi, sesudah bersahur, saya terus bersiap untuk ke sekolah, dan bertolak sebelum azan berkumandang. Subuhnya dalam perjalanan.
Rehat? Mungkin tiada dalam bulan Ramadan. Kalau rehat pun, sekadar untuk menghilangkan rasa penat. Mungkin rehat dalam perjalanan sebab terlalu mengantuk. Mungkin juga lelap sekejap di sekolah sebelum mengajar.
Kalau nak rehat lama, kena tunggu hari minggu, memang kaw-kaw rehatnya dari Subuh sehinggalah berbuka! Hehehe...
Bila lagi nak dekatkan diri dengan Tuhan. Kalau hari-hari biasa luar Ramadan, tugasan bertimbun bagai tidak cukup dua tangan kurniaan Allah untuk menyelesaikannya. Jadi, peluang yang diberikan sepanjang Ramadan digunakan sebaik mungkin untuk meng'top up' semula amalan yang tidak dapat dilaksanakan pada bulan selain Ramadan.
Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
من صام رمضان إيمانًا واحتسابًا، غفرله ما تقدّم من ذنبه أو كما قال
Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan (terhadap keredhaan Allah), diampunkan dosanya yang sudah lalu.
Saya terfikir, bagaimana keadaannya jika saya sudah berkeluarga, adakah saya mampu untuk mengekalkan keadaan seperti ini, perbuatan menghidupkan Ramadan dengan amalan-amalan seperti Tarawih dan Tadarus al-Quran? Adakah 'isteri' saya boleh menerimanya?
Saya beruntung jika mendapat seorang atau lebih isteri yang memahami keadaan saya sebegini.
Tetapi bagaimana sebaliknya?
Wah... Takutlah berhadapan dengan situasi sebegini...? Moga-moga Allah mengurniakan seorang atau lebih isteri yang begitu solehah melebihi ke'soleh'an suaminya ini.
Ops... Berhenti berangan perkara yang berkaitan dengan rumah tangga. Tapak rumah pun belum ada, ada hati nak ada bina tangga.
Ada kawan-kawan kata, berulang-alik dari Bangi ke KL adalah kerja gila. Semua orang tahu, kesesakkan jalan raya di ibu kota pada waktu puncak adalah perkara biasa. Ya, sememangnya perbuatan yang saya lakukan saban hari ini kerja gila, namun kepayahan dan kesusahan yang mungkin dianggap sesetengah pihak adalah kerja gila sebenarnya memberikan seribu satu macam hikmah kepada saya. Tak perlulah saya nyatakan di sini sebab saya seorang sahaja yang merasainya. Mungkin ada yang tak bersetuju, terpulanglah. Itu hak masing-masing.
Yang pastinya, saya sentiasa berdoa dan mengharapkan setiap kerja gila yang saya buat selama ini dipandang Allah sebagai satu kerja mulia, dan mudah-mudahan Allah menggantikan setiap daya, setiap kepayahan, setiap kesusahan, setiap ke'gila'an yang saya kerjakan ini dengan kelebihan yang lain.
Dan ke'gila'an ini sebenarnya mengajar saya satu perkara; menghargai nilai yang ada pada setiap perkara yang saya hadapi, sama ada pada tugas, masyarakat, mahu pun kerja dakwah yang saya jalankan. Kalau nak mengharapkan ganjaran manusia, siapa yang nak bagi tanpa mereka sendiri mendapat pulangannya, betul tak...?
Tinta mencoret: Gila full masa dalam bulan Ramadan ni...
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
Tak le gila sgt...den dulu koje bangi...duduk kat bangi....last sekali kena langgar....pendek kata...kalau nak berlaku musibah...tak kira tempat......
ReplyDelete"Tak le gila sangat..." tapi msih ada sikit gile... hehehe...
DeleteAssalamualaikum M Syahmi
ReplyDeletemacam kenal jer surau tu.....
Selamat menjalani ibadah puasa
Wa alaikumussalam. Selamat menjalani ibadah puasa juga.
DeleteSurau ni memang terkenal... ^_^
Alhamdulillah..kegilaan ke arah kebaikan itu tak mengapa..
ReplyDelete~zahidah abd wahid~
Hehehe... Tapi penat sikitlah jadi gila macam nih...
Delete