وهو شهر أوله رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار
Dan ia (Ramadan) adalah bulan yang permulaannya adalah rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya pembebasan daripada neraka.
Hari ini adalah hari yang kesembilan umat Islam di Malaysia berpuasa, dan malam ini merupakan malam yang kesepuluh, malam terakhir kita beribadat dalam frasa pertama Ramadan kali ini yang diklasifikasikan sebagai frasa yang dipenuhi dengan rahmat Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Tentulah hidupnya kita di atas muka bumi ini dengan rahmat daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Setiap kebaikan yang kita lakukan semuanya atas rahmat dan ihsan daripada Allah. Digambarkan bahawa seseorang yang diputuskan untuk masuk ke dalam syurga pada Hari Akhirat kelak, semuanya atas rahmat dan ihsan daripada-Nya. Manakan mungkin kita akan masuk ke dalam syurga Allah yang begitu besar nikmatnya hanya dengan sedikit ibadat yang kita lakukan, itu pun belum tentu khusyuk...
Cuba bayangkan sekiranya Allah tidak memberikan rahmat kepada kita pada bulan Ramadan, agak-agaklah, boleh tak kita melaksanakan ibadat puasa dengan baik? Agak-agaklah, boleh tak kita bertarawih dan witir at least 11 rakaat setiap malam? Agak-agaklah, boleh tak kita bertadarus al-Quran? Agak-agaklah boleh tak kita menghidupkan malam dengan ibadat sunat dan qiamullail? Agak-agaklah, boleh tak kita bersengkang mata bersahur setiap hari?
Semua ini tak lain dan tak bukan disebabkan rahmat daripada Allah. Tanpa rahmat-Nya, belum tentu kita mampu melaksanakan segala amalan soleh tersebut. Lihatlah pada bulan selain Ramadan, ibadat sunat pun belum terlaksana sepenuhnya.
Setelah Allah mencurahkan rahmat-Nya, barulah diberikan kepada kita sama ada mahu merebut peluang atau melepaskan begitu sahaja. Sesungguhnya, beruntunglah bagi mereka yang mengambil kesempatan ini untuk beribadat. Barangsiapa yang mengambil sikap sambil lewa, mereka tergolong dalam golongan orang yang rugi.
Sumber |
Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa.
Tinta mencoret: Mai pakat rebut peluang keemasan nih...
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
Bacaan tambahan berkaitan hadith:
Abu Anas Madani
No comments:
Post a Comment