Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah menggambarkan dalam hadith baginda bahawa bulan Ramadan dibahagikan kepada tiga fasa; fasa pertamanya dipenuhi dengan rahmat daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, manakala fasa kedua akan diberikan keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang mengharapkan keampunan, dan fasa ketiga dan yang terakhir pula akan dibebaskan orang-orang yang berjaya dalam Madrasah Ramadhan daripada azah api neraka Allah yang maha dahsyat.
Alhamdulillah, hari ini merupakan hari ketujuh umat Islam di Malaysia berpuasa dan malam ini adalah malam kelapan kita mendirikan Tarawih secara beramai-ramai di surau-masjid seluruh negara.
Jangan ditenung lama makanan tuh, nanti lapar... |
Setiap perkara kebaikan yang kita kerjakan, kita laksanakan bukanlah 100 peratus di atas tulang empat kerat kita sendiri sebaliknya segala-galanya adalah rahmat daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, sehinggakan kita digambarkan bahawa seorang 'Abid (ahli ibadat) juga akan masuk ke dalam syurga Allah kelak dengan rahmat dan ehsan daripada Allah, bukan berdasarkan amalan yang dilakukan sepanjang hidup di dunia.
Perhatikanlah, pada kebiasaannya kita makan sekurang-kurangnya lima hingga enam kali seharian, bermula dengan sarapan pagi pada jam 7 dan 10 pagi, kemudiannya lunch, disambung dengan minum petang dan makan malam, dan seterusnya kudapan sebelum kita tidur. Setiap waktu makan tersebut pastinya diisi dengan pelbagai juadah dan menu makan yang lazat dan enak. Sekiranya tertinggal satu waktu makan, pastinya kita akan meng'qadha' waktu tersebut pada waktu makan yang seterusnya.
Umat Islam berbuka puasa di Masjid Imam Turki bin Abdullah di Riyadh. |
Keadaan kita akan jadi gelisah sekiranya kita tidak mengikuti kesemua waktu makan tersebut. Namun, bagaimana dengan kehadiran Ramadan yang mana padanya difardukan ibadat puasa, kita mampu meninggalkan sebahagian besar waktu makan khususnya pada siang hari semata-mata ingin menunaikan tanggungjawab kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala? Semua ini adalah kerana rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya yang benar-benar ingin mengharapkan rahmat dan redha Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Perhatikan juga dalam diri kita, bagaimana kita mampu untuk melaksanakan 11 rakaat atau 23 rakaat solat sunat semalaman sedangkan pada hari-hari biasa, dua rakaat solat sunat dalam seharian agak keberatan untuk dilaksanakan. Dari manakah kita memperoleh semangat dan kesungguhan mendirikan ibadat solat sunat tersebut? Sudah tentulah kerana rahmat Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Solat, jangan ngintai orang lain. |
Sumber |
salam.
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi follow uncle.
Wassalam...
ReplyDeletesama2... sronok bila baca blog KomenSen, tu yg follow...