Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

06 August 2011

Kemerdekaan '11: Neo-Penjajahan Barat


Selesai bertadarus di surau, saya bergegas pulang ke rumah dengan Viva WVL. Jam di J10i menunjukkan sudah 11.40 malam. Risau takut-takut tiada tempat parking. Biasanya setiap weekend, berderet kereta beratur di hadapan rumah, tidak meninggalkan sedikit ruang untuk saya meletakkan kenderaan.

Ketika melintasi sekumpulan kanak-kanak yang berlegar-legar di hadapan entrance surau, juga baru sahaja selesai bertadarus di surau yang sama, kedengaran ada yang melaungkan perkataan "MERDEKA", mungkin kerana terpandang bendera Malaysia dan bendera Selangor yang berkibaran di atas Viva WVL yang saya pandu.

Viva WVL mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Selangor.
Bersemangat sungguh mereka melaungkan kalimah keramat "MERDEKA". Pastinya mereka diterapkan dengan pelbagai bentuk semangat patriotisme ketika mereka menuntut di sekolah kerajaan.

Merdeka. Adakah kita benar-benar merdeka dalam keseluruhan aspek kehidupan?



Seperti yang diketahui umum, Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada Kerajaan British pada tahun 1957 dan kemudiannya membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 dengan penyertaan Singapura, Sarawak, dan Borneo Utara (North Borneo) yang kini dikenali sebagai Sabah. Brunei pada asalnya menunjukkan minatnya untuk menyertai Persekutuan tetapi menarik diri pada saat akhir atas beberapa faktor.

Kita lupa, kemerdekaan yang kita kecapi selama ini hanya bersifat luaran semata-mata, dalam erti kata lain: kemerdekaan hanya pada fizikal. Namun adakah kita merdeka daripada penjajahan minda? Secara umumnya, TIDAK.

Pukul rata, sistem kehidupan kita masih terikat dengan sistem yang digunapakai oleh golongan yang pernah menjajah negara kita suatu masa dahulu. Bermula dengan gaya hidup, ekonomi, dan juga politik, kebanyakkannya bercirikan sistem Barat yang mana tunjangnya tidak berdasarkan sistem yang diluluskan Allah Subhanahu Wa Ta'ala melalui al-Quran dan as-Sunnah.

British yang pernah menjajah tanah air kita suatu ketika dahulu, sudah hilang taringnya. Namun kini, anak didiknya berkuasa dalam menentukan matlamat dan hala tuju dunia. Siapa lagi kalau bukan Amerika Syarikat.

Amerika berjaya menanam ke dalam minda masyarakat antarabangsa bahawa mereka yang menjadi leader, contoh terbaik dalam setiap sistem kehidupan. Amerika juga memegang kuasa ekonomi sehinggakan mampu mengheret dunia untuk menampung setiap kesilapan mereka dalam berurus niaga. Amerika juga berani mengacukan setiap muncung riffle dan meriam untuk memaksa negara yang lemah agar tunduk dengan kehendak mereka. Amerika juga menyuntik pemikiran ke dalam seluruh minda yang lemah supaya manusia yang lemah minda ini menggambarkan bahawa Amerikalah yang akan menjadi juara dalam membawa kebebasan dan demokrasi ke setiap pelusuk dunia. Senang kata; Amerika berusaha untuk memastikan dunia mengikut jari telunjuknya dan menjadi 'pak turut' yang setia.

Jarum suntik ini nampaknya berjaya.

Setiap aspek; politik, ekonomi, sosial, dan sebagainya kini mengikut rentak dan jejak Barat.

Perhatikanlah golongan remaja kini. Mereka gemar mengayakan fesyen Barat yang jelas bertentangan dengan budaya Melayu yang terkenal dengan kesopanan, juga bertentangan dengan Islam. Mereka memandang bahawa setiap yang datang daripada Barat pastinya bagus dan moden. Adakah ini kemerdekaan yang kita idamkan?

Sekiranya minda masyarakat Malaysia tidak cuba dimerdekakan daripada penjajahan halus ini, pastinya generasi muda pada masa mendatang akan parah, sebagaimana parahnya anak-anak muda di Amerika Syarikat. semakin rosak anak muda, semakin meningkat kadar jenayah dan masa depan negara akan bertambah kelam.

Tinta mencoret: Merdeka!

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
Bacaan lanjut:
  1. Benci atau Ikut Penjajah?
  2. Aque Nazir: Merdekakah Kita?

No comments:

Post a Comment