Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
Antara ibadat yang menjadi amalan umat Islam seluruh dunia ketika bulan Ramadan selain solat Tarawih adalah membaca al-Quran. Al-Quran, mukjizat terbesar Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam dibaca dan dikhatam oleh sebilangan umat Islam bertujuan mengambil keberkatan al-Quran itu sendiri yang diturunkan pada malam al-Qadr dalam bulan Ramadan.
Saya juga tidak ketinggalan merebut keberkatan ini.
Atas inisiatif Surau Taman Permata (STP), saya menjoinkan diri untuk bersama-sama jemaah surau membaca al-Quran secara beramai-ramai. Alhamdulillah, semalam, kami berjaya mengkhatamkan pembacaan kami secara beramai-ramai.
Diharapkan selepas daripada ini, al-Quran itu dapatlah dikhatamkan secara personally, sekurang-kurangnya setahun sekali.
Tidak lupa diucapkan jutaan terima kasih kepada UBM Canopy kerana bermurah hati menaja Surau Taman Permata ketika Ramadan ini, termasuklah sumbangan duit raya kepada peserta tadarus kanak-kanak. Semoga Allah berterusan memberi kemajuan dan keuntungan kepada perniagaan, Ameen.
Group adik-adik comel. |
Salah satu group budak sekolah menengah. |
Majlis Khatam al-Quran |
Ustaz Haji Baharom memimpin keseluruhan program tadarus sejak bermula pada malam pertama Ramadan. |
Khusyu' masing-masing bertilawah. |
Mengaminkan bacaan doa yang dipimpin imam jemputan Ramadan. |
Kanak-kanak bergilir mengambil sumbangan. |
Thanks to Tuan Haji Rozali for the pictures.
Tinta mencoret: Jadikan Quran sebagai lawyer kita masa di Akhirat kelak.
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
nice post~semoga ramadhan kali ini mnjadi madrasah yg terbaik untuk kita mnjalani dan istiqomah mlaksanakn ibadah di 11 bulan ke hadapan..sehingga berjumpa ramdhan akn dtang..insyaAllah..salam eidulfitri maaf zahir dan batin..=)
ReplyDelete