Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

10 July 2012

Wafir Dzihni Part 2

Sukalah tengok gambar ni. Sampai jadi background picture C903 saya.
Dari kiri, Fadhil, Wafir, saya (baju biru), Firdaus, dan Amirul a.k.a Syukri.
Seperti biasa, selepas solat Asar berjemaah bersama murid-murid tahun 4, saya akan terus ber'iktikaf' di surau 'Umar Abdul Aziz untuk mengajar dua beradik, Alif Amri dan Akmal mengaji al-Quran selain memimpin Wafir dan Hakimin menghafal beberapa surah yang terdapat dalam juzuk 'Amma.

Alhamdulillah, berdasarkan ulasan Ustaz Rijal tempoh hari, bacaan Alif Amri semakin baik walaupun saya masih lagi tidak berpuas hati dengan bacaannya. Kiranya ada peningkatanlah. Akmal pula semakin lancar bacaannya terutama pada kebanyakkan Mad Asli. Namun, saya masih belum berpuas hati.

Sukar untuk memuaskan hati untuk memastikan mereka sempurna dalam pembacaan al-Quran. Terasa bersalah sekiranya mereka tidak mampu membaca dengan baik selepas mereka ber'konvokesyen' daripada sekolah rendah.

Seusai mengajar dua beradik ini membaca al-Quran, saya beralih ke slot kedua pengajian al-Quran saya pada petang itu kepada slot hafazan. Kalau awal tahun, ramai juga yang duduk bersama-sama menghafal al-Quran, kini tinggal dua orang sahaja.

Antara murid yang mengaji dengan saya pada awal tahun.
Dari kiri: Izwan Syafiq, Akmal, Izzad Syahmi, saya (berbaju coklat), dan Aidil Syahir.
Bukan mereka tidak mahu menghafal, cuma keadaan tidak mengizinkan mereka untuk bersama-sama menghafal di surau. Itqan Dzikri, adik kepada Wafir Dzihni dan Izzad Syahmi berhenti kerana ditukarkan ke sesi pagi. Izwan Syafiq, abang kepada Izzad Syahmi pula sudah selesai menghafal surah-surah yang seharusnya dihafal untuk menduduki Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA), juga sudah menduduki ujian syafawi (lisan) bagi al-Quran dan hafazan.

Dan yang begitu menyedihkan bila terpaksa berpisah dengan Hurin yang ditakdirkan terpaksa mengikut keluarganya berhijrah ke Poland kerana ibunya ditugaskan ke sana.

Kini, hanya tinggal Wafir Dzihni dan Hakimin sahaja. Wafir sudah selesai menghafal kesemua surah hafazan tahun 4, kini melengkapkan dirinya dengan cuba menghafal kesemua surah yang terdapat dalam juzuk 'Amma secara berundur bermula dari Surah an-Nas dan kini dalam proses menghafal dan melancarkan surah al-Bayyinah.

Hakimin pula, pada awalnya agak keberatan untuk bersama-sama menghafal bersama-sama yang lain, kini nampaknya semakin bersemangat, walaupun agak lambat dalam menghafal. Semangat dan kesungguhnya Hakimin sememangnya wajar dipuji. Tadi, Hakimin selesai membaca surah al-A'la walaupun agak sangkut-sangkut dalam penghujung surah tersebut. Mungkin dia memerlukan kepada pengukuhan dalam hafalannya. Insya-Allah, saya akan lebih memberikan penekanan kepadanya.

Cuma kebelakangan ini, Wafir kerap tidak bersama-sama menghafal bersama-sama. Saya faham, ibu dan ayahnya risau kerana Wafir kerap pulang lewat ke rumah kerana menghafal di surau. Saya mengetahui keadaan ini daripada guru kelas Wafir sendiri yang dihubungi oleh ibu Wafir. Saya tidak pernah menghalang murid-murid yang mengaji bersama saya untuk pulang awal. Hakimin, pernah meminta kepada saya untuk pulang dengan lebih awal selepas mengaji. Namun Wafir enggan pula untuk meminta izin untuk keluar awal. Mungkin enggan kerana seronok mengaji dan menghafal al-Quran.

Wafir seorang murid yang baik, juga seorang murid yang agak rapat dengan saya. Namun, Wafir bukanlah seorang yang suka berkongsi masalah dengan saya. Wafir lebih gemar memendamkan masalahnya daripada membuka mulut bercerita kepada saya. Tidak seperti kawan-kawannya yang lain, begitu mudah berkongsi cerita sehinggakan ada yang bagitahu saya yang mereka mandi berdua tanpa seurat benang tanpa sebarang rasa malu.
"Ops... Siapa la yang begitu peramah tu sampai peristiwa dalam bilik air pun nak bagitau..."

Hari ini, saya cuba menasihati Wafir secara sindiran dan memerlinya ketika berborak dengan Hakimin di hadapan Wafir. Setiap laras ayat yang saya gunakan langsung tidak menyebut perihal Wafir secara langsung namun maksud tersiratnya merujuk kepada Wafir.

Wafir faham setiap apa yang saya maksudkan. Apa yang terjadi, Wafir tidak dapat menahan air matanya menangis. Tidak pasti sama ada Wafir menangis kerana diperli atau menangis kerana teguran yang saya berikan secara sindiran tersebut. Sememangnya Wafir mudah mengalirkan air mata sekiranya saya memberikan teguran kepadanya. Sebelum ini, ada dalam dua tiga kali Wafir mengalirkan air mata ketika saya menegurnya. Teguran pula bukan secara marah, tetapi secara lembut.

Saya menjangkakan hal ini mungkin berlaku. Namun, tangisannya sekejap sahaja.

"Dah, berhenti nangis jap. Kita makan kek ni dulu. Lepas tu sambung balik."

Hakimin tergelak bila saya terlepas cakap macam tu tika memujuk Wafir agar berhenti menangis.

Tup, tup. Terus Wafir mengesat air matanya, terus bangun menghadap bekas berisi kek yang dibawa oleh Hakimin.

"Eh, tadi menangis..."                     "Mana ada nangis..."

Wafir memang agak manja dengan saya. Dia menangis pun kepalanya dilabuhkan ke atas peha saya. Saya kurang pasti kenapa Wafir bersikap begitu. Kemanjaannya menjadikan dirinya lebih mudah mesra dengan saya lebih-lebih lagi saya melayan setiap kelakuannya yang jelas kelihatan bagai 'anak manja'. Kalau guru lain, mau kena marah kot...

Mungkin banyak perkara yang bermain dalam mindanya.
Mungkin juga dia perlukan lebih banyak masa untuk mengungkai permasalahannya.

Kemanjaannya mungkin menyembunyikan seribu rahsia. Siapa tahu?

Tinta mencoret: Anak manja dengan ibu ayah, biasa. Anak manja dengan guru pula...?

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

1 comment: