Bergambar selepas mengaji Quran. Murid dari kiri: Izwan, Akmal, Syahmi, dan Aidil. Izwan, Syahmi, dan Aidil adik beradik. |
Seorang guru tidak perlu menjadi seorang yang garang apabila berhadapan dengan anak muridnya, tetapi perlu menjadi seorang yang tegas dalam setiap tindakan yang diambil.
Saya?
Awal tahun 2012, saya terpaksa mengambil sikap 'berkeras' ketika berhadapan dengan murid-murid tahun 4 yang baru. Sebab apa? Entahlah.
Hasilnya, terasa kelas agak membosankan. Yang tak membosankan cuma kelas 4 Ibnu Bathutah, kelas yang menjadi tanggungjawab saya sepanjang 2012.
Seriously, menjadi garang tidak menjadikan murid-murid mengikut arahan seorang guru. Ia sebenarnya menjadikan seorang guru itu lebih stress dengan tindak-tanduk anak didik mereka.
Dan saya tidak akan menggunakan pendekatan sebegini sepanjang proses PnP. Cuma untuk menjadikan murid-murid dapat membayangkan situasi dimarahi saya sekiranya melanggar peraturan.
Saya masih lagi berpegang kepada konsep "mesra murid", menjadikan anak didik sebagai rakan. Alhamdulillah, penerimaan yang agak positif di kalangan mereka sendiri.
Cuma, saya masih rindukan murid saya tahun lepas yang kini naik ke tahun 5.
* * * * *
Eh, boleh berjoget pulak... |
Seorang guru yang mampu 'bermain' dengan emosi anak muridnya merupakan seorang guru yang berjaya. Setiap teguran yang disulami dengan perumpamaan yang lebih dekat dengan jiwa anak-anak tersebut mampu merubah sikap dan akhlak mereka dari dalam. Berbeza dengan pendekatan yang keras. Anak-anak mungkin menjadi 'warak' tika berhadapan dengan guru-guru, namun hakikatnya jiwa mereka menunggu saat yang sesuai untuk menzahirkan watak 'kesyaitanan'nya.
Mungkin inilah yang dilakukan oleh anak murid luar daripada pemerhatian guru. |
Saya tidak mampu untuk men'psyco', menasihati murid dengan cara psikologi, hanya 'mahir menggunakan pendekatan sikulogi'.
Pendekatan merubah dari dalam ini digunakan seorang guru saya, juga seorang motivator, Teacher Sharifah Suhaila dalam menasihati pelajarnya. Tatkala ramai rakan sejawatnya mengambil pendekatan 'sikulogi' dan 'kakilogi', beliau tetap berhadapan dengan pelajarnya hanya berbekalkan air liur semata-mata. Susun atur tutur katanya mampu mematikan akal pelajar yang dinasihatinya. Saya sendiri pernah terkedu dengan nasihatnya berkaitan satu perkara hanya kerana satu perkataan sahaja; berkat.
Itu belum lagi melihat wajahnya yang sering tersenyum.
Pendekatan berbentuk hukuman seharusnya menjadi pendekatan yang terakhir, bukan yang pertama. Sekiranya hukuman mendahului, nescaya mereka berubah hanya pada luaran semata-mata, kerana desakan, bukan kerana kerelaan.
Cuma, bersikap garang membawa banyak kebaikan jangka pendek, tidak jangka panjang.
Tidakkah dengan hubungan guru-murid yang akrab menjadikan mereka lebih berilmu? Bukankah dalam agama kita juga digalakkan untuk berdampingan dengan orang yang lebih berilmu?
Jika perwatakan kita selaku seorang guru sentiasa masam, pemarah, dan garang, adakah murid akan sentiasa hampir dengan guru? Jikalau begitu, bagaimana hendak diterapkan di dalam diri mereka agar selalu berdampingan dengan orang yang berilmu, atau guru mereka sendiri?
Itu pasallah ramai belia remaja, juga tidak ketinggalan, kanak-kanak terjebak dengan masalah sosial. Sebabnya, mereka berkawan dengan manusia-manusia yang rosak akhlaknya. Mana mereka yang 'baik'? Duduk dalam kelompok mereka sahaja. Bak kata kawan saya, Adil kononnya mereka lebih 'suci', maka tidak layak bergaul dengan golongan yang 'najis'.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala: Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
* * * * *
Antara murid tahun 4 2012. |
Huh, permulaan tahun 2012 yang mencabar, merangka strategi bagaimana mahu menarik hati murid-murid agar lekat pada agama...
Tinta mencoret: Seronok kalau akrab dengan murid sendiri...
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
No comments:
Post a Comment