Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

11 January 2012

Selamat Bersara, Ustazah Maisarah Mat Alim


Hadiah buat Ustazah Maisarah.
Terlupa, sehinggalah saya singgah di rumah seorang sahabat saya, Qamarull, Ahad lepas.
Terlupa, Ustazah Maisarah akan bersara pada 10 Januari 2012, semalam...

Ustazah Maisarah atau lebih mesra dengan panggilan "Ummi" daripada pelajar SAM Bandar Baru Salak Tinggi (SAMBBST) terpaksa meninggalkan dunia pendidikan yang sudah sebati dengan kehidupuan beliau.

Pihak sekolah bergandingan dengan kepimpinan pelajar membuat sambutan 'luar biasa' ketika hari terakhir beliau berkhidmat di SAMBBST, guru pertama yang bersara sejak sekolah dibuka awal 2005.

Walaupun Ustazah Maisarah tidak mengajar saya secara formal di dalam kelas, namun beliau mengambil berat terhadap kami selaku pelajar.

Personaliti beliau yang bersederhana membuatkan beliau disenangi oleh semua; rakan sejawat sehinggalah anak-anak murid. Sesungguhnya beliau menjadi inspirasi buat warga SAMBBST agar menjadi seorang sentiasa bersyukur dengan kelebihan dan keadaan semasa.



Sekitar majlis persaraan Ustazah Maisarah Mat Alim.


Kamal Ar-Redha, pelajar yang menjadi mangsa 'buli' saya
ketika majlis ni...

Bergambar sebagai kenangan...



Hadiah jam daripada seorang guru SAMBBST. WAJIB pakai... Hehehe...



Lambaian terakhir daripada Pengetua dan guru-guru.
Lambaian terakhir daripada pelajar-pelajar kesayangan ustazah...
Kamal, pandang apa tuh...?


Bergambar dengan Firdaus, ketua Pusat Sumber, sebagai kenangan.




Masa ni tengah main 'kahwin-kahwin', tapi tak ada pengantin perempuan... Ngee...
Sambungan permainan 'kahwin-kahwin'...
Aduh, tak habis lagi ke main 'kahwin-kahwin nih...? Pening kepala... 


Dakapan terakhir daripada Ustazah Ummi @ Tumisah buat Ustazah Maisarah.
Semoga Ustazah Maisarah Mat Alim terus berjaya dalam kehidupan selepas bersara.

Lagi gambar, sila klik di sini.

Tinta mencoret: Seorang lagi antara guru terawal meninggalkan SAM Bandar Baru Salak Tinggi.

Taman Sepang Putra, Sepang SDE

2 comments: