Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

31 December 2011

I'll Miss You, 2011


Lagi beberapa minit, 2011 akan melabuhkan tirainya dan akan digantikan dengan sinar baru 2012. Sebelum itu, saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2012, semoga kehidupan kita akan semakin diredhai oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Tahun 2011 memberikan banyak pengalaman baru kepada saya, juga mengajarkan banyak perkara berkaitan kehidupan.

Pada entry terakhir saya pada tahun ini, saya menyingkap kembali beberapa perkara yang berlaku dalam kehidupan saya.

* * *SRA BANDAR SERI PUTRA * * *
Adik-adik saya di 4 Ibnu Rusyd 2011.

Tahun ini, saya diamanahkan untuk mengajar di SRA Bandar Seri Putra, sebuah sekolah yang terletak di komuniti penduduk berpendapatan sederhana sehingga berpendapatan tinggi.

Sesungguhnya, hati sebenarnya berat untuk meninggalkan tempat lama untuk berbakti di tempat baru. Banyak perkara yang membuatkan hati saya masih lagi terpaut di tempat lama berbanding tempat baru yang lebih gah, lebih besar, dan segala-galanya lebih berbanding sekolah lama.

Allah Maha Mengetahui. Kelebihan yang sedikit di dalam diri saya sebenarnya diperlukan di tempat baru berbanding di tempat lama. Ketentuan Allah itu saya terima dengan hati yang terbuka.

Di sini, saya dipertanggungjawabkan untuk menjaga kelas 4 Ibnu Rusyd, kelas pertengahan dalam susunan kelas tahun 4. Mereka saya anggap seperti adik saya sendiri, bergurau dan bermain bersama diselitkan antara proses pembelajaran mereka, agar mereka selesa dengan suasana di sekolah agama.

Tidak dinafikan, terdapat banyak konflik bersama penjaga ketika saya bertugas di sini, namun itu semua mengajar saya untuk menerima segala-galanya dan cuba untuk menjadikannya sebagai satu pengajaran dan pedoman.

Saya dikecam hebat oleh ibu, bapa, dan penjaga ketika mesyuarat agong PIBG. Yang teruk menjawab ketika itu ialah guru besar. Maklumlah, tindakan saya sememangnya boleh mengundang pelbagai kecaman daripada orang ramai sekiranya berlaku, dan ia sudah pun berlaku!

Saya bukanlah seorang guru yang hebat, yang maksum. Saya juga melakukan kesilapan. Saya akui.

Dan disebabkan itu, saya amat sukar untuk menerima ucapan penghargaan daripada penjaga kerana anaknya berjaya dalam mata pelajaran yang saya ajar sedangkan pada awalnya, anaknya mendapat markah yang paling rendah dalam kelasnya. Bukanlah saya penyebab kecemerlangannya, sebaliknya mungkin usahanya yang tidak mengenal jemu menjadikannya berjaya mendapatkan markah yang agak tinggi dalam kesemua ujian dan peperiksaan selain ujian prestasi pertama.

Siapakah murid itu? Dialah 'Ustaz' Alif Adhwa, murid yang selalu menjadi perhatian dan sasaran saya dalam kelas 4 Ibnu Khaldun. Tahun depan jadi pengawas ye...?
Alif Adhwa mendapat kedudukan ketiga dalam kelas 4 Ibnu Khaldun.
Juga tidak dilupai Zikry yang sering menjadi murid yang sering dipuji ketika saya masuk ke kelas 4 Ibnu Bathutah membuatkan ramai yang jealous dengan tindakan saya. Hadif terutamanya. Perasaan jealous tersebut membuatkan mereka berusaha untuk menjadi baik walaupun hanya di hadapan saya. Bagus...

2012, mereka melangkah ke tahun 5...

* * * PROGRAM * * *

Tahun ini, banyak program yang saya sertai, sebagai urusetia, mahupun sebagai fasilitator. Sudah tentunya itu semua memberikan banyak pengalaman kepada saya dalam menguruskan sesuatu program.

Antara program yang saya sertai:
Pertama: INSAF, singkatan bagi Kem Induksi Saf Kepimpinan.


Keduanya, Kem Kepimpinan Pengawas SRA Bandar Seri Putra.
Kem Kepimpinan Pengawas.
Ketiga, Kem Anak Soleh, anjuran Unit Perayaan dan Ibadah, SRA Bandar Seri Putra.


Seterusnya, Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam, anjuran SUMUR SAM Bandar Baru Salak Tinggi.


Program lain ada, boleh diselak-selak dalam arkib CTB sepanjang tahun 2011.

* * * KEKELUARGAAN * * *

Tahlil ringkas sempena kenduri kesyukuran.
Bermula dari kenduri sempena pemergian mak dan abah ke tanah suci beberapa bulan lepas, sepupu-sepapat saya mengambil masa berkumpul di rumah saya untuk berbincang menghimpunkan kesemua keturunan Yunus @ Muhammad Yunus bin Taha agar saling mengenali sesama keluarga. Adik-beradik abah yang agak ramai ditambah anak buah yang berderet-deret menyebabkan saya kurang mengenali mereka.
Atas inisiatif ini diharapkan jurang hubungan antara saya dengan mereka dapat dirapatkan, kalau boleh dihapuskan terus atas dasar tali kekeluargaan.

Satu aktiviti bersama akan diadakan pada 1 Januari 2012 bertempat di Bagan Lalang. Semua keluarga Yunus bin Taha dijemput hadir bagi memeriahkannya.

* * * SOSIAL * * *

Hubungan antara kawan ada yang bertambah baik, tidak kurang juga yang cuba bermusuhan.

Hubungan antara rakan sejawat, tiada masalah sebab mereka spotting.

Kepada yang berkahwin, saya ucapkan selamat pengantin baru. Kepada yang akan berkahwin, cepat-cepatlah sikit, tak sabar nak makan nasi minyak.

Saya...? Tunggu sampai kad sampai rumah, okey...!

Hujung 2011 pula, saya banyak menghabiskan masa merapatkan ukhuwah bersama Asif, Azizi, Kamal, Najihah menerusi laman sosial Facebook. Mereka semua ni junior di SAM Bandar Baru Salak Tinggi yang mana saya sendiri tidak pernah berjumpa dengan mereka ketika di sana. Yang menjadikan saya dan mereka bertemu adalah program INSAF dan Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam.

Dalam banyak-banyak peristiwa sosial, yang paling seronok adalah ketika saya makan angin bersama anak-anak murid saya, Nasrul, Luqman, dan Rahman. Mereka ni, saya dah anggap macam adik-adik saya, walaupun ada yang kena marah masa tu. Marah tanda sayang.
Saya (berbaju coklat), Luqman (jersey Malaysia), Rahman (belakang), dan Nasrul (baju hitam).
Dari bermandi-manda di Pantai Bagan Lalang, ke Morib, ke Pekan Banting, ke KLIA, ke Putrajaya, sehinggalah bercamping di Sungai Congkak, semua pengalaman tersebut akan tersimpan kemas di dalam ingatan.

Semoga ukhuwah kita semua terus berkekalan sehingga ke akhir hayat

Apa lagi ek...? Selongkar sendirilah dalam blog saya ni...

Dan saya mengakhiri 2011 dengan laporan doktor yang mengatakan darah saya dijangkiti kuman. Kuman apa? Tunggu laporan pemeriksaan kesihatan saya yang seterusnya.

Tinta mencoret: I'll memorize forever and ever... 

Hulu Klang, Kuala Lumpur WP

2 comments: