Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

24 December 2011

Kau Bila Pula?


Hari ni, cuma ada satu program je, kenduri kahwin anak bongsu Pak Su Anuar di Sungai Merab Luar. Mak dan abah pagi-pagi lagi dah bertolak ke rumah Pak Su. Disebabkan malam tadi saya lewat tidur, jadi pagi tu agak keberatan untuk follow mak dan abah. So, saya ambil keputusan untuk bergerak ke kenduri dalam tengah hari.

Bertolak dua tiga minit sebelum jam 12 tengah hari, tapi sampai dalam 1.40 petang sebab tertinggal bateri kamera kat rumah, tertinggal sebab baterinya sedang dicas.

Sampai-sampai je Sungai Merab, saya terus singgah Masjid al-Istiqamah, sebuah masjid yang mana saya dahulu selalu solat Jumaat di situ sebab sekolah saya betul-betul di belakang masjid. Alang-alang waktu Zohor dah masuk, eloklah saya solat dulu. Kalau dah ke rumah Pak Su, silap hari bulan solat pun boleh terlupa.

Lepas qada' hajat dan berwudhuk, saya ke prepare untuk solat. Macam biasa, saya akan melihat sekeliling masjid kalau-kalau ada yang sedang berjemaah.

Tengok tepi, tengok belakang, tengok sebelah sana, tak ada yang berjemaah. Yang ada seorang sedang solat, itupun sudah memberi salam yang pertama. Solat sengsorang le jawabnya.

Saya ke bahagian belakang masjid untuk solat. Kebetulan, ada seorang pak cik baharu sahaja selesai mengambil wudhuk. Alhamdulillah, bolehlah berjemaah dengan pak cik tu.

Saya mempersilakan pak cik tu untuk mengimamkan solat.

Selepas solat, saya mengambil sedikit masa berbual dengan pak cik tu.

"Anak orang sini ke?"
"Owh, saya dari KL, nak ke kenduri." (sambil tunjuk ke arah rumah Pak Su Anuar)
"Pak cik pulak dari mana?"
"Pak cik dari Gombak."
"Gombak? Gombak kat mana?"                   "Taman Melati"
"Melati? Saya dari Permata. Dekatlah..."

Kebetulan, pak cik tu dari Melati, berhampiran dengan rumah saya.

Alang-alang, saya berjalan ke kenduri bersama-sama pak cik tu, sambil berbual banyak perkara.

Sebelum sampai...

"Anak umur berapa tahun?"                   "23."
"Dah mengundi?"            "Mengundi belum lagi."
"Daftar?"               "Daftar, sudah."
"Alhamdulillah, jangan lupa tunaikan tanggungjawab anak tau.
Anak ni rajin solat, pilihan anak mestilah yang baik."
"Insya-Allah, saya istikharah dulu sebelum pilih.
Biar pilihan saya tu yang terbaik."

Tiba-tiba pula pak cik tu masuk bab mengundi. Tak tahulah apa yang ada dalam minda pak cik tuh. Mengundi tu tanggungjawab kita kepada negara, tak salah rasanya kalau saling mengingati. Tapi UNDI ITU RAHSIA...

Jam lebih kurang 2.00 petang. Semua aturcara majlis, bersanding, makan beradab sudah selesai. Saya...? Datang isi perut je lah...

Lepas isi perut, jumpa sepupu-sepapat, berbual. Kebetulan, saya seorang sahaja yang datang, kakak-kakak saya yang lain tak dapat hadir dengan sebab masing-masing.

Selamat pengantin baru buat anak Pak Su; Noor Siti Zaharah binti Anuar dengan pasangannya, Muhammad Muzzammil bin Ahmad Fauzi. Semoga ikatan yang terjalin ini kekal sehingga ke akhir hayat.

*  *  *  *  *

Umur sudah cecah 23, dah layak mengundi untuk menentukan masa depan negara. Cuma, masa depan diri je masih samar-samar.

Dan angka 23 itu membuatkan saudara-mara bertanyakan banyak soalan yang mampu menyeksa 'batin'...

(Mak)"Alah, dah nak kahwin dah..."
(Abang Din, suami Kak Noi)"Eh, ye ke? Bila?"
(Saya)"Eh, ada lagi kat atas yang belum kahwin."
"Anak Pak Su ni, kakak dia belum kahwin lagi, boleh je."
"Saya ikut turn, hehehe..."

Kenapalah soalan dalam bab kahwin-mengahwin ni terpacul juga akhirnya...?

Sebelum balik, masa saya bersalam dengan bapa pengantin, Pak Su tanya...
"Kau bila pula?"
"Saya...? Hmm belum ada calon lagi lah, Pak Su."
 "Ustazah kat sekolah kan ramai?"
"Hehehe... Seganlah. Pak Su lah carikan calon untuk saya."
"Calon? Pak Su ada ramai calon. Nak ke?"
"Boleh jugak..."

Sambil berbual, sambil kaki melangkah balik. Adus... Soalan yang cuba dielak, akhirnya terkena juga...

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment