Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

13 December 2011

YDPA XIV


Daulat Tuanku.

Patik selaku rakyat Malaysia ingin mengucapkan tahniah buat Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang dilantik menjadi Yang Di-Pertuan Agong ke-14 buat kali kedua. Patik berharap negara Malaysia akan menjadi aman dan makmur sepanjang berada bawah naungan Tuanku.

Patik juga berharap Malaysia akan lebih maju dalam segala bidang sebagaimana yang Tuanku laksanakan di negeri naungan Tuanku sendiri, Kedah Darul Aman.

Patik doakan agar ke bawah duli Tuanku diberikan kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan sepanjang menjalankan tugas selaku Yang Di-Pertuan Agong.

DAULAT TUANKU.

* * * * *
Sedikit fakta.
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
D.K.,D.K.H.,D.K.M,D.M.N.,D.U.K., D.M.K., D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang),D.K.(Selangor), D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor),D.K.(Terengganu),D.K.(Perak),D.K.(Brunei),D.P.(Sarawak), D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K.,D.H.M.S.,D.G.M.K., Grand Cordon of the Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of  U.K., ASSO. Knight Order of St. John.

  • Menjadi Sultan Kedah bermula 14 Julai 1958.
  • Pernah dilantik menjadi Yang Di-Pertuan Agong yang kelima bermula 21 September 1970 sehingga 20 September 1975.
  • Baginda menyambut Jubli Emas pemerintahan baginda pada 15 Julai 2008.
  • Baginda memiliki dua orang isteri; Almarhumah Tuanku Hajjah Bahiyah (sudah mangkat) dan Sultanah Haminah Hamidun.
  • Baginda merupakan Sultan pertama yang dilantik buat kali kedua sebagai Yang Di-Pertuan Agong , juga Yang Di-Pertuan Agong tertua pernah dilantik ketika baginda berusia 84 tahun. Sebelum ini, Yang Di-Pertuan Agong tertua adalah Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang dilantik ketika berusia 73 tahun.
Tinta mencoret: Raja dan rakyat berpisah tiada.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

1 comment:

  1. Assalamualaikum M Syahmi

    Daulat Tuanku

    moga Allah memberi hidayah

    Wassalam

    ReplyDelete