Alhamdulillah. Berdasarkan Bajet 2012 yang telah dibentangkan tempohari, Kerajaan bermurah hati untuk memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia berjumlah RM 500 kepada ketua keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM 3,000 sebulan.
Dalam entry kali ini, saya tidak mempersoalkan apa yang diputuskan oleh Kerajaan Pusat kerana ia pastinya satu bentuk bantuan yang dapat meringankan beban rakyat Malaysia, satu keputusan yang memberikan keselesaan kepada yang benar-benar memerlukan.
Walau bagaimanapun, apa yang saya persoalkan adalah berdasarkan gambar yang sempat saya snap pagi tadi di Pekan Sungai Pelek.
Lihat dahulu gambarnya.
Apa yang silapnya?
Mari kita lihat apa yang tercatat pada banner tersebut.
BANTUAN RM 500.00
KERAJAAN PERSEKUTUAN
Borang permohonan boleh didapati di:
Pejabat Ahli Parlimen Sepang
Pejabat ADUN Dengkil
Pejabat ADUN Tanjung Sepat
Pejabat ADUN Sungai Pelek
Pengerusi JKKKP Parlimen Sepang, Ketua Cawangan UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP, IPFBermula 10 Disember 2011 sehingga 10 Januari 2012
SAYANGI SELANGOR YAKINI BN
Nampak? Atau masih samar-samar?
Bantuan RM500 yang diberikan ini pasti dananya adalah bersumberkan daripada dana Kerajaan Pusat dan bukan dana Barisan Nasional. Sebab apa? Sebabnya dana tersebut telah dibentangkan dalan Bajet 2011 di Parlimen. So, saya tidak mempersoalkan lagi dana tersebut bersumberkan daripada mana.
Yang menjadi persoalannya, mengapa dalam banner tersebut, kenapa setiap ketua cawangan bagi setiap parti komponen Barisan Nasional menjadi agen bagi menyerahkan borang permohonan bantuan tersebut?
Okey, mungkin mereka mahu memudahkan orang ramai khususnya penyokong tegar Barisan Nasional untuk mendapatkan bantuan tersebut. Mungkin, masih ramai penyokong Barisan Nasional yang layak menerima bantuan tersebut.
Namun begitu, yang lebih menjadi persoalan adalah logo Barisan Nasional dan motto "Sayangi Selangor Yakini BN".
Sekiranya ia bersumberkan daripada wang Kerajaan Pusat, setiap hebahan atau banner yang dipasang sepatutnya tidak menunjukkan kepada kepentingan sesuatu kumpulan, atau lebih tepat merujuk kepada sesuatu parti.
Tidak mengira sama ada ia Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat sendiri, ia dikira telah menggunakan nama Kerajaan bagi meraih dan memancing undi daripada rakyat.
Dalam kes ini, hebahan tersebut bertujuan untuk memberikan maklumat kepada masyarakat berkenaan bantuan Kerajaan tersebut. Dan sepatutnya setiap motto dan logo berkaitan parti tertentu tidak seharusnya diletakkan kerana meraikan parti-parti politik lain khususnya parti pembangkang yang juga mengambil peranan dalam mengubal dasar-dasar Kerajaan di dalam Parlimen.
Jadi, penggunakan sebarang simbol berkenaan dengan sesuatu kumpulan, khususnya parti politik seharusnya dihindarkan kerana ia bukanlah mewakili Kerajaan secara keseluruhannya. Dalam negara yang mengamalkan demokrasi, pihak yang menjadi penyokong dan pembangkang Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam memacu negara menjadi negara yang maju. Sekiranya simbol-simbol yang merujuk kepada pihak yang menyokong Kerajaan dalam Parlimen disamakan dengan simbol dan dasar kerajaan, ia amatlah tidak adil kerana pihak pembangkang juga mempunyai peranan yang penting dalam negara.
Jadi, saya tidak bersetuju mana-mana pihak yang terutamanya parti politik yang memerintah Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri menggunakan sebarang simbol atau apa sahaja yang merujuk kepada parti yang memerintah. Ia seolah-olah mengambil kesempatan terhadap kekuasaannya untuk terus kekal berkuasa.
So, use our mind to think...
Pantai Sepang Putra, Sepang SDE
Assalamualaikum CTB
ReplyDeletekalau tak terantuk, maka tak ternada
(apakah kita yg banyak kali ini terantuk (hingga dah benjul), masih tidak ternada lagi)
bab RM500 mereka terang2 salah guna kuasa...bagai mana berjuta2
Wallahualam
Wassalam