Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

13 December 2011

13.12.11 Tarikh 'Keramat' KL


Jam menunjukkan hampir pukul 4 petang. Masa itu, saya memang khusyuk melayan Facebook, membalas mesej, mengomen, melihat status terkini, juga membuat blogwalking, membaca isu terbaru, dan segala perkara yang boleh diperoleh di ruangan maya.

Tengah syok melayari internet, terasa titisan air  bagai direnjis ke belakang tangan. Pasti, luar hujan.

Kedudukan tingkap yang terlalu tinggi dalam bilik saya membuatkan saya tidak menyedari keadaan di luar yang  ketika itu gelap-gelita sehinggalah titisan air hujan terpercik ke dalam bilik.

Selang beberapa minit, kilat pula sabung-menyabung. Ah, tak boleh jadi! Sebelum apa-apa berlaku, baik saya matikan komputer. Karang tak pasal-pasal litar pintas, langsung tak boleh pakai lagi.

Komputer pun dimatikan.

Tatkala cuaca yang agak 'menyedapkan' tu, saya melelapkan mata.

Ah... sedapnya tidur.

Sudah dua hari saya tidak ke mana-mana. Semalam, saya hanya terperap di rumah, tidak selangkah pun melewati kawasan rumah saya.

Hari ini pun saya tiada sebarang program. Program penting hanyalah cuci kereta. Itu pun, saya cuci sendiri, tidak dihantar ke car wash.

Sungguh bosan...

Lebih kurang satu setengah jam saya tidur. Selepas terjaga, saya tidak lagi terasa percikan air hujan yang masuk dari tingkap bilik. Tetapi masih kedengaran bunyi hujan pada atap genting yang begitu hampir dengan tingkap bilik. Mungkin hanya gerimis. Mungkin...

Apa lagi, komputer dihidupkan semula untuk online.

Ah, tak mungkin. Satu kemaskini menunjukkan kawasan sekitar Perpustakaan Negara Malaysia ditenggelami air dan kereta terperangkap di atas flyover Jalan Tun Razak.

Eh, KL banjir?

Saya tidak terkejut kerana sebelum ini, boleh dikatakan KL banjir setiap tahun sehinggalah terowong SMART mula beroperasi. Itu pun banjir masih melanda KL, beberapa bulan selepas SMART dibuka kepada umum, sekitar 2007.

2007 adalah tahun terakhir Kuala Lumpur dilanda banjir, dan kini selepas empat tahun, peristiwa tersebut berulang kembali.
Jalan Tun Razak, berhadapan Perpustakaan Negara Malaysia. Masa ni, masih belum teruk lagi sebab kenderaan yang menghala ke Bulatan Pahang masih boleh bergerak.
Jalan Tun Razak. Masa ni mungkin beberapa minit selepas gambar di atas. Air mula melitupi keseluruhan jalanraya.
Haa, dah tau tak  boleh lalu tu, turun je la dari kereta masing-masing.
Jalan kaki sampai ke destinasi... Hehehe...
Alhamdulillah, nasib baik rumah tak banjir. Alhamdulillah, hari ni tak ke mana-mana. Kalau tidak, terperangkap dalam banjir.

Sumber gambar dirembat dari Facebook dan PendekarBerkuda.org.

Tinta berdakwat: 13.12.11 tarikh 'keramat' KL.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

1 comment:

  1. Errkk.. baru je ari tu gi PNM.. cepat btol banjir nye..nsib baik la pergi awal sehari..

    ReplyDelete