Bila dapat meluangkan masa bersama 'kawan-kawan', bergurau-senda, pastinya ia meninggalkan kenangan yang pastinya kekal dalam ingatan.
Semestinya, kenangan tersebut tersemat bukan sahaja di dalam minda dan ingatan, bahkan juga dalam album foto yang dapat ditunjukkan kepada anak-cucu ketika kita menghabiskan sisa-sisa kehidupan kelak.
Alhamdulillah, saya bersama 'kawan-kawan' yang juga bekas murid saya meluangkan sedikit masa bercuti di Pantai Bagan Lalang sambil memenuhkan masa dengan aktiviti mandi laut dan bersiar-siar di kawasan sekitarnya.
Dua kali ke Bagan Lalang. Kali pertama pada 1 dan 2 Disember 2011 (Khamis dan Jumaat) manakala kali kedua pada 5 hingga 7 Disember 2011 (Isnin hingga Rabu).
Selain bermandi-manda di Bagan Lalang, kami juga ke Kampung Bandar untuk melihat tempat bersejarah; Masjid Sultan Ala'iddin dan Istana Bandar, Morib, dan juga Putrajaya sebelum pulang ke rumah masing-masing.
Kegembiraan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, hanya gambar sahaja yang mampu menceritakan segalanya.
|
Bergambar di Pantai Bagan Lalang. Dari kiri: Saya, Luqman (baju merah), Nasrul, Rahman. |
|
Tenggelam dalam laut. |
|
Menunggu ombak membadai badan. |
|
Mengah 'bertempur'. |
|
Gambar kabur sebab J10i masuk air. |
|
Nasrul 'ditanam hidup-hidup' sambil kepala terkeluar. |
|
Nasrul mengintai saya makan di sebelah. Rahman pula menikmati makanan tanpa disedari gambarnya diambil oleh Luqman. |
|
Nasrul, jejaka yang paling 'kacak' antara kami.
Hehehe... |
|
Juadah ketika bersarapan. |
|
Laloq bersarapan. |
|
Bergambar di mimbar Masjid DiRaja Sultan Ala'iddin, Kampung Bandar, Jugra. |
|
Luqman mengambil site yang terbaik untuk bergambar. |
|
Cantik Luqman snap gambar. |
|
Serious muka Rahman. |
|
Posing maut. |
|
Posing cara relaks. |
|
Di hadapan Masjid DiRaja Sultan Ala'iddin, Kampung Bandar, Jugra. |
|
Depan pintu masuk masjid. |
|
Makan Mc Donald's di Banting lepas balik dari Jugra. |
|
Makan Prosperity Burger. Yummy. |
|
Malam terakhir singgah makan di Pantai Morib. Jumpa signboard tertulis tazkirah ringkas.
Satu inisiatif yang baik daripada pihak Majlis Daerah Kuala Langat dalam mencegah maksiat, namun masih ada pasangan yang berdua-duaan pada malam tersebut. |
|
Nasrul buat muka 'comel'. |
|
Bergambar berhadapan Istana Kehakiman pada hari terakhir sebelum balik. |
|
1Malaysia. |
|
Di Jambatan Seri Wawasan, Putrajaya. |
Semoga tali silaturrahim antara kita akan kekal sehingga selamanya.
Next year, Port Dickson, agree?
Tinta mencoret: Ustaz Bustanul kata Ustaz Syahmi banyak duit.
Ameen...
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
No comments:
Post a Comment