Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

18 January 2012

"Ayah Kamu Kerja Apa?"


Minta bantuan...
Tidak seperti tahun 2011, tahun ini, dengar ura-ura ko-kurikulum sekolah kebangsaan digantikan pada hari Sabtu, bukan Rabu seperti sebelum ini.

Jadi, kini, saya kena bersiap-siaga untuk mengajar setiap Rabu.

Alhamdulillah, tiada lagi hari 'cuti dalam bekerja', cuti daripada mengajar.

Dan hari ini, saya hanya masuk empat kelas tahun 4 sahaja, 4 Ibnu Bathutah, 4 Al-Razi, 4 Al-Kindi, dan 4 Ibnu Sina.

Nota yang saya berikan sebelum ini disemak satu-persatu daripada setiap murid. Dan pastinya sesiapa yang belum menyiapkannya, mereka diarahkan untuk menyiapkannya ketika itu juga.

Dan mereka yang sudah menyiapkannya dikehendaki menghantar buku tulis untuk ditanda.

Kebetulan, ada senaskah buku menarik perhatian saya, bukan kerana buku tulis tersebut cantik, tetapi kerana nama yang tercatat di kulit hadapan. Dan saya memanggilnya kerana terdapat beberapa kesilapan yang perlu dibetulkannya.

Nama murid tersebut saya panggil. Seorang murid berdiri untuk mengambil bukunya. Sah, mukanya tidak tumpah seperti bapanya.

Untuk memastikan apa yang saya sangkakan itu benar, beberapa soalan ditujukan kepadanya.

                     "Kamu tinggal di mana?"
"Bukit Mahkota."
"Seksyen berapa?"                          
"Seksyen 1."

Dah betul. Cuma belum lagi dapat membuktikan bahawa bapanya saya kenal.

                   "Ayah kamu kerja apa?"
"Ahli parlimen."                   

Sah! Memang benar apa yang saya sangkakan itu. Dengan muka yang tidak tumpah seperti ayahnya, tempat tinggalnya juga sama, maka tidak syak lagi, dia anak seorang ahli parlimen merangkap ahli politik yang terkenal di Malaysia.

Siapakah ahli parlimen tersebut tidak perlulah dinyatakan di sini. Mungkin pembaca yang tinggal di sekitar Putra-Mahkota mengenali siapakah orangnya itu.

Siapa sekalipun ibu bapa murid didikan saya, saya tidak akan melayan dengan layanan first class, baik anak Perdana Menteri, anak Menteri Besar, anak Ahli Parlimen, anak ADUN, anak ahli korporat, anak orang kaya, anak Sultan, semuanya sama pada pandangan saya.

Itulah pesanan saya buat kelas tersebut. Walau siapa pun ibu bapa mereka, saya tetap melayan kesemuanya dengan cara yang sama.

*  *  * FAMOUS *  *  *

Cuma, saya khuatir, takut-takut kalau saya tidak mampu berlaku adil terhadap mereka disebabkan status ibu bapa mereka yang berkuasa.

Haish, kenapalah anak Ahli Parlimen tersebut terpaksa saya ajar? Dan kenapalah mulut saya celupar mahu bertanya tentang dirinya dek kerana mahu mengetahui hakikat yang sebenarnya?

Dan bersiap sedialah untuk berlaku adil ketika saya mengajar.

"Eh, selama ni tak boleh berlaku adil ker?"

Tahu-tahu ajelah, setiap statement yang dibuat oleh orang politik, pastinya ia menjadi satu perkara yang dihighlightkan, sama ada melalui media arus perdana, mahupun alam maya. Jadi, keadaan tersebut pastinya membuatkan saya 'ter'berhati-hati dengan tindakan yang dibuat. Tak pasal-pasal nama saya masuk surat khabar, muka saya tersiar di televisyen.

Famous...

Famous disebabkan tindakan yang mungkin dianggap tidak rasional oleh sesetengah penjaga.

Cukuplah tahun lepas yang banyak menyebabkan saya masuk ke pejabat berulang kali kerana ketidakterimaan penjaga terhadap stail didikan saya.

Itu penjaga yang bukan menjadi public figure. Kalau penjaga yang dikenali masyarakat, pastinya mereka akan menggunakan setiap kelebihan yang ada padanya untuk mempertahankan anaknya.

Mudah-mudahan bapa murid tersebut bukanlah jenis penjaga yang saya sebutkan ini. Penampilan beliau juga sentiasa berkopiah, dan memberikan gambaran bahawa beliau adalah seorang yang kuat pegangan agama.

Apa-apapun, pastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar sepanjang saya mengajar bagi tahun ini.

Ameen.

Kalaulah ahli politik boleh berbahas dengan bijaksana,
tentu lebih meningkat taraf kehidupan rakyat Malaysia.
(Gambar sekadar hiasan)

Tinta mencoret: Anak Datuk ke, anak Tan Sri ke, anak orang asli ke, ada aku kesah...?

Pantai Sepang Putra, Sepang SDE

1 comment: