Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

24 January 2012

Cuti CNY 2012


Saya mengambil kesempatan cuti Tahun Baru Cina untuk bercuti di kampung. Last saya balik ke kampung ni raya tahun lepas. Lepas tu, tak de. Lalang pun da tinggi lampai, sampaikan terjumpa kulit ular...

Selepas kerja, saya bergegas terus ke Bagan Lalang untuk packing barang-barang dan kemudian bergegas balik ke kampung. Alhamdulillah, nasib baik saya berkeras untuk bertolak pada malam tu juga sebab esoknya (Sabtu, 21 Januari 2012) dilaporkan jalan-jalan utama terutamanya lebuhraya sesak teruk.

Seperti biasa, saya akan 'tawaf' keliling pekan Tampin. Itu adalah rutin saya jika balik ke Johol. Tapi, kali ini, saya kurang berpuas hati dengan kebanyakkan perkara yang berlaku di Pekan Tampin.

Pertamanya, keadaan pemandu yang suka-suki je parking kereta kat belakang kereta yang parking kat dalam kotak parking. Faham tak ayat nih...? Dah la block kereta yang parking dalam kotak parking tu yang nak keluar, lepas tu menyusahkan kereta lain yang menghala ke Pekan Tampin. Sesaknya sampai ke traffic light Jalan Seremban-Tampin.

Dah dihorn dek kereta yang nak keluar dari kotak parking pun, kereta yang parking ikut suka mak bapak diorang ni buat tak faham je. Macamlah dia sorang je yang bayar cukai jalan...

Tampin Shopping Centre, pasaraya yang terkenal di Pekan Tampin.
Giant Tampin pun kalah.
Itu belum lagi kes dua orang minah tudung labuh yang potong Q saya masa beratur di Tampin Shopping Centre. Slumber badak je minah tudung labuh ni potong. Bukan banyak pun barang yang saya beli, tin Shieldtox satu pek je. Buat malu wanita bertudung labuh je. Cina yang jaga bahagian arak kat sebelah geleng kepala je tengok akhlak minah tudung labuh yang teruk tuh. Kalau ikutkan hati, mahu dihayun tin Shieldtox kat muka dia, biar dia rasa.

Nasib baik masa tu tak bawak kamera. Kalau tidak, habis la muka masuk CTB, hahaha...

*  *  *  22 JANUARI 2012  *  *  *

Ahad, pula, saya ronda-ronda sekitar Nuri sebelum ke Bahau. Tapi, Pekan Bahau saya tak cam lah... Terasa lain macam sikit. Tapi bila saya lalu satu jalan, saya terjumpa satu signboard tertulis "Kampung Kuala Sialang". Terkenang masa berprogram keluarga angkat di situ, program PROKHID, "Program Khidmat Desa" penghujung 2007 dulu... Mak kata, kenapa tak singgah? Kalau singgah, tak tau nak masuk lorong mana, dah tak ingatlah.

Wah, kambing-kambing beristirehat...
Banyak 'periuk api'. Macam zaman perang...
Betong...? Adakah kusudah sampai ke Siam...? Ataupun keretaku sudah terbang ke Sarawak...?
Tadi kambing, sekarang lembu pula...?
Kaum cina berpesta...
Panjang pula 'perarakan' diorang nih...
Lepas balik dari Bahau, Abang Zainal dan keluarga sampai dari Semenyih dengan SUV.

Siapa pula yang snap gambar nih...?
SUV yang dipandu Abang Zainal. 
Pokok durian.
Bunga apa nih...?
Sebahagian durian yang dikutip.
Lagi pokok durian.
Tiba-tiba terjumpa seekor ayam hutan tengah bertelur ...
Petang tu, kami ke Kampung Simat, tengok tanah mak. Namun, tanah tersebut akhirnya sudah dijual. Sayang rasanya.

Pemandangan dari atas bukit. Kawasan yang indah untuk dilihat.
Alamak, ada anjinglah...! Syuh...! (halau)
Kalau kita takut dengan anjing, lagi dia berani. So, kenalah buat berani sikit.
Ni telur ayam hutan tadi. Ada lagi lepas saya balik dari Kampung Simat.
Ni depan Giant Tampin. Kereta Viva ni parking dok suka hati je atas line. Tak boleh ke parking dalam kotak parking. Sama jugalah dengan saga kat sebelah tuh.

Malam tu, kami makan besar kat sebuah kedai makan di Pekan Air Mawang, Abang Zainal belanja.

Ada sate...

*  *  *  23 JANUARI 2012  *  *  *

Kata mak, ni dulu kuarters JKR. Tapi kemudian sudah dijual. Yang beli tanah ni, katanya bakal undang luak Johol yang seterusnya. Eh, bestlah ada kerabat nak duduk dekat dengan dusun buah mak.
Belakang tu rumah Cikgu Norehan, dan itulah rumah yang paling panjang di Air Mawang.
Ni sebenarnya nak ambil gambar seekor labah-labah tengah buat sarang, tapi tak nampak...
Isnin, selepas bersarapan, saya ke Bahau semula, mencari rumah pak cik Harun yang pernah menumpangkan rumahnya untuk saya tidur ketika program PROKHID dahulu. Alhamdulillah, akhirnya saya jumpa juga. Mula-mula rasa segan juga nak masuk...

2 jam di rumah Pak Cik Harun, siap makan-makan lagi.

Rumah Pak Cik Harun berhampiran dengan Surau Kampung Kuala Sialang Ulu.
Mudah untuk mencarinya.
Sekembalinya saya dari rumah Pak Cik Harun, Abang Zainal dah balik ke Semenyih. Habis licin durian disumbat dalam SUVnya. Adus... Tu la... siapa suruh lambat.

"Tu la... Sape suruh lambat."

Apa yang ada je la saya bawa balik. Lagipun, bukan saya yang makan durian tu nanti.

Habis la kereta... Sampai la ni masih lagi bau durian.

Petang tu, saya balik ke Sepang, nak kirim durian sikit kat Mak Uda. Tapi sebelum ke sana, saya singgah ke Enstek. Rumah siapa tuh...? Rumah Kamal. Saje nak bagi sikit durian. Tapi durian kecik-kecik je...


Eh, sempat lagi berposing...?
Seronok la Kamal, tersenyum dapat durian...

Tinta mencoret: Tak ada apa sangat cuti Tahun Baru Cina kali ni.

Pantai Sepang Putra, Sepang SDE

No comments:

Post a Comment