Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

21 April 2010

Cabaran Pusaka Tanah

Hari ini, saya berkesempatan untuk melihat tiga bidang tanah pusaka tinggalan atuk dan wan saya kepada anak-anak mereka. Ketiga-tiga bidang tanah ini telahpun diserahkan kepada arwah pak long dan mak teh. Pak long menerima 2 bidang manakala mak teh pula rumah pusaka arwah wan.

Ketiga-tiga bidang tanah ini terletak di kawasan pendalaman dan satu daripadanya tidak mempunyai jalan masuk. Kalau nak masuk kenalah merentas tanah orang lain.

Peninggalan orang tua-tua dahulu memang banyak, terutamanya tanah. Mereka tidak kaya dengan wang ringgit, tetapi mereka kaya-raya dengan tanah yang berbidang-bidang. Tetapi peninggalan pusaka tanah yang berekar-ekar itulah yang menyusahkan sebenarnya. Lihat sahajalah pergaduhan antara adik-beradik sebelah abah yang berebutkan tanah di Jelutong, Sungai Pelek, dan Bukit Bangkong yang mana saya dengar nilaian tanah tersebut hampir RM 1juta. Arwah bapa kepada abah ataupun atuk sebelah abah telah meninggal dunia awal 1980-an tetapi harta peninggalannya direbut-rebutkan oleh anak-anak mereka. Kalaulah arwah tahu yang anak-anak mereka merebut-rebutkan pusaka peninggalannya, pasti arwah menjual keseluruhan tanah tersebut. Itu belum lagi kes lagi satu yang saya dengar, penjaga tanah-tanah tersebut memakan hasil tanah seorang diri tanpa pengetahuan pewaris harta yang lain sebelum arwah pak anjang mengambil alih pengurusannya. Astaghfirullah al-'azim... Moga-moga mereka cepat-cepatlah bertaubat dan saya harap agar Allah mengampunkanlah dosa-dosa mereka, Amin...

Yang lepas tu biarlah berlalu. Kita lihatlah kehadapan.

Alhamdulillah, adik-beradik sebelah mak nampaknya tidaklah sesukar itu.

Tanah pusaka yang diwariskan oleh arwah atuk dan wan setahu saya:
  1. Tanah yang menempatkan rumah pusaka dan rumah lama
  2. Tanah bertentangan dengan warong Pak Idrus dan berhadapan dengan tokong Cina
  3. Tanah yang bersebelahan dengan tanah di atas
  4. 4 bidang tanah di kawasan pendalaman Johol
  5. 3 bidang tanah di Simat yang meliputi sebuah puncak bukit kecil
  6. 1 lot tanah di belakang sekolah agama di daerah Tampin


Ini sahaja yang saya tahu. Kalau ada yang lain, biarlah. Sebab tanah-tanah tersebut telahpun ditukar nama. Bahagian mak hanya tiga sahaja. Satu daripadanya tanah adat. Maka tinggal dua, tanah yang setentang dengan warung Pak Idrus dan tanah di Simat. Semalam, mak kata nak jual tanah di Simat, atas puncak bukit dan dengarnya adik-beradik Mak Long Esah nak beli. Wallahu a'lam. Tapi Mak Long Esah nasihatkan agar jangan dijual tanah tu, manalah tahu umur kita masih panjang lagi. Lagipun tanah tersebut sudah ditanam pokok getah, cuma tidak dijaga sahaja...

Betul juga pesanan Mak Long Esah tu...

Saya juga berpendapat sedemikian.

Cumanya, isi poket yang makin lama makin berkurangan yang membuatkan mak mengambil langkah mahu menjual tanah di Simat.

Zaman sekarang, semuanya perlukan duit. Mandi kena bayar, berak kena bayar, berhubung kena bayar, masak kena bayar, nak buat amal pun kena bayar...

Tu yang jadi masalah...

Mudah-mudahan, Allah permudahkanlah urusanku, tambahkanlah hartaku, berkatilah hidupku, agar dapat kuberbakti, bukan setakat untuk orang tuaku, bahkan untuk masyarakat sekelilingku yang memerlukan, Amien...

Air Mawang, Johol NSDK

No comments:

Post a Comment