Penyerang The Gunners, van Persie |
Malam tadi, saya tengok perlawanan bukanlah seorang seperti kebiasaannya. Kebetulan Shareezuan ada kelapangan masa, jadi dia sama-samalah join tengok match tersebut walaupun kedua-dua pasukan tersebut bukanlah pasukan pilihannya.
Bosanlah, bilalah Arsenal nak menang? Hanya tinggal beberapa sahaja baki perlawanan.
Selepas sahaja perlawanan tersebut, saya tidaklah terus pulang ke rumah sebaliknya berpusing-pusing terlebih dahulu sambil berborak banyak perkara dengan Shareezuan atau Ewan.
Ketika sedang berpusing-pusing tanpa hala tujuan, tiba-tiba sahaja ada roadblock. Jenuh betullah. Nasib baiklah tiada apa-apa masalah. Kereta abah yang saya naiki itu pula tidak ditampal road tax. Road taxnya ada cuma tak ditampal, hanya diletakkan di dashboard sahaja. Polis itu pula macam mahu tak mahu sahaja untuk dilepaskan kami. Agaknya muka kami ni macam budak baik kot seperti yang Ewan kata. Dalam hati tergelak-gelak dengan statement tu.
SEKATAN POLIS
Sekatan polis |
Tapi kalau tak buat salah, buat apa takut, betul tak?
Selepas sahaja daripada roadblock tersebut, kami ke Restoran Hafiz Corner di Avenue Ampang. Saya drivelah dengan penuh santai sambil share banyak benda dengan Ewan. Bermula daripada mengintai bapok di sekitar Lorong Haji Taib berhampiran Balai Polis Chow Kit, bercerita pasal kereta sport, bertembung dengan pemandu yang dipengaruhi alkohol (pemandu mabuklah), dan yang paling tak tahan, terjumpa seorang mamat berbogel di tepi jalan. Gila agaknya mamat tu. Kesian dia. Perkara terakhir yang kami borakkan adalah mengenai pemilihan kereta yang 'bakal' saya beli akan datang.
Restoran Hafiz Corner di Ampang Avenue |
Perkara pertama yang dilihat oleh si polis ialah road tax. Road tax pula tidak ditampal di cermin kereta. "Minta IC dengan lesen," minta polis tersebut. Mungkin itu satu daripada duty dia selepas menahan kereta secara rawak dan rambang.
"Kamu nak pergi mana?" soal polis tu lagi. "Kami nak pergi Restoran Hafiz kat depan sana..." Ewan tetiba sahaja jadi jurucakap sukarela. "Saya tak tanya dengan kamu, saya tanya dengan dia," balas polis tu yang tiba-tiba sahaja naik angin. Polis tu menyoal saya semula dengan soalan yang sama. "Saya ikut dia, dia yang tunjukkan jalan ke Restoran Hafiz. Mana saya tahu kat mana restoran tu," balas saya mudah walaupun agak teragak-agak untuk membalasnya.
"Kenapa tak tampal road tax?" polis menukar soalan. "Ini bukan kereta saya, ini kereta bapa saya. Dia tak mahu tampal road tax," jawab saya kepada soalan polis yang nampaknya semakin hilang budi bahasanya. Polis tu kemudiannya mengugut untuk menyaman saya dengan alasan tidak mempamerkan cukai jalan, hanya disimpan di dalam laci. Tak mempamerkan? Saya bukan tak mempamerkan, saya cuma tak menampal road tax tu di cermin. Apalah bengap polis tu. Lagi pun, saya meletakkan road tax tu di atas dashboard, bukannya di dalam laci. Hati sebenarnya panas membuak-buak, kalau aku kuat, dah lama mata dia lebam sebelah. Tetapi saya ingat pesan abang saya, jangan memandai-mandai ketika berhadapan dengan penguatkuasa.
Sebelum polis tu beredar, dia paksanya saya tampal roadtax tu. Si Ewan buat-buatlah menampal sedangkan sebenarnya itu semua hanyalah lakonan.
Panas tengok polis tu. Mau aku tumbuk saja mata dia...
Dalam banyak-banyak keadaan ketika berhadapan dengan polis selama ini, ini satu-satunya polis yang tiada langsung budi bahasa. Digertak habis-habisan orang yang ditahannya. Ewan kata polis tu baru keluar daripada akademi dan baru sahaja bertugas sebagai polis berdasarkan kepada uniform yang dipakainya, tiada pangkat. Maklumlah, baru dapat kuasa.
Nasib baik dia tak minta rasuah. Kalau dia minta, confirm saya sendiri yang buat laporan di SPRM.
Saya sebenarnya tak takut jika disaman, ataupun bahasa mudahnya, kalau nak saman, SAMANLAH. Saya tak buat salah, jadi buat apa takut. Berapa banyak roadblock pernah abah lepas masuk selama ini, tak pernah pula ditahan, tak pernah pula disaman. Tiba-tiba pula mamat yang baru setahun jagung dalam polis cakap macam-macam. Kalau teringat untuk tengok nama pada bajunya, sudah tentu tercatat namanya dalam artikel ini.
Tak pernah saya jumpa polis yang agak kurang ajar, biadap, dan tidak berbudi bahasa sebelum ini. Paling teruk pun hanya muka sahaja yang mencebik tetapi tuturnya masih tersusun baik. Agak kaku jugalah ketika berhadapan dengan polis yang kerek macam tu. Maklumlah, baru first time.
Kalau kami salah, katakan salah ataupun saman. Jangan diherdik sedemikian rupa. Biarlah berbudi sedikit. Bukannya satu bentuk jenayah berat kalau tak tampal roadtax. Hanya tak tampal, bukan tak dipamer seperti dalam undang-undang (tak tahulah kalau pemahaman saya tentang undang-undang tu salah).
Panas dari malam tadi sehingga sekarang masih lagi terasa bahangnya.
'Contohilah' budi bahasa polis ini...
Taman Permata, Hulu Kelang
No comments:
Post a Comment