Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

06 April 2010

Sedikit Ujian Di Tempat Baru

Internet agak slow di rumah baru ini. Dalam setengah jam, baru 2 megabyte sahaja penghantaran dan penerimaan data-data daripada pengkalan data seluruh dunia. Memang lambat.

Walaupun liputan broadband tidaklah mencecah highspeed di sini, namun saya tetap merajinkan diri untuk surf walaupun terpaksa mengambil masa lebih daripada 2 jam untuk membuka beberapa website khususnya laman berbentuk social networking.

Itu baru masalah untuk buka internet, belum lagi masalah satu lagi yang tetiba sahaja datang lewat petang tadi. Entah mana silapnya, suis di dalam bilik langsung tidak boleh digunakan, tidak hidup. Mula-mula ingatkan salah kepala plug, tetapi sangkaan saya meleset. Sememangnya suis itu tidak hidup!

La haula wala quwwata illa billahil-'aliyyil-'azim...

Itu ujianlah. Setiap manusia itu pasti akan diuji. Daripada ujian itulah, Allah melihat sejauh mana kita teguh dan sabar menghadapinya.

Kelmarin pula, dengan tidak semena-mena, saya ditimpa demam, mungkin demam panas. Dan kebetulan pula, demam panas saya datang semasa saya sedang memunggah barang untuk berpindah ke rumah baru. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya menunda ke minggu hadapan baki barang yang belum dipindahkan.

Setiap daripada kita pastinya diuji. Dan ujian yang kita terima dan bakal terima sebenarnya kita boleh menempuhinya walaupun kadang-kala ia tampak sukar dan berat untuk ditempuh.

Kita lihatlah pejuang-pejuang Islam, bagaimana mereka berjuang semata-mata mahu melihat panji-panji Allah berkibar. Apa pula tindakan musuh-musuh mereka? Ada antara mereka dipenjara, diseksa, malah ada juga yang dibunuh!

Sumayyah sekeluarga radhiallahu anhum diseksa oleh tuannya setelah mendapat tahu beliau, Yasir suaminya, dan Amar anaknya memeluk Islam dan mereka kecuali anaknya dibunuh akhirnya. Bagaimana pula dengan Bilal bin Rabah radhiallahu anh yang diseksa, dijemur dengan bongkah batu besar dihimpitkan di atas badan beliau? Bagaimana pula dengan Imam Abu Hanifah yang dipenjara? Juga Imam Hasan al-Banna ketika berhadapan dengan penguasa British? Recep Tayyip Erdoğan, Perdana Menteri Turkey juga keluar masuk penjara semata-mata berhadapan dengan ideologi sekular Kemalist. Tidakkah itu semua di ambil kira?

Juga ulama dan pejuang kebenaran di tanah air bermula zaman penjajahan sehinggalah ketika ini, berapa ramai daripada mereka yang dicaci, ditohmah, difitnah, bahkan ada juga antara mereka yang dipenjara, dibuang daerah dan juga dibunuh!

Jika nak dibandingkan antara diri kita yang diuji tak seberapa dengan ujian para rasul, sahabiyyah, ulama silam, dan pejuang kebenaran, mereka lebih banyak menerimanya dan mereka redha atas ujian yang mereka terima itu. Adakah dengan sedikit ujian itu kita akan berhenti?

Tepuk dada, tanya iman: "Mampukah aku menghadapinya?"

Wallahu a'lam

Tinta mencoret: Masa sedang khusyuk melayan Facebook, adalah terbaca post yang dihantar seorang hamba Allah ni. Apa yang dia tulis?: "Kepada mereka yang fanatik EPL (Bola). Kalau nak tengok bola pagi-pagi, sebelum tengok, buatlah solat sunat tahajud 2 rakaat dulu. Baca Al-Quran sehelai dua. Saya haraaap sangat anda buat. Rugi sesangat kalau bangun tak buat. Sedangkan orang yang berniat nak bangun solat terlalu sukar nak bangun." Rasa macam bersalah pula tak lakukannya. Mudah-mudahan Allah permudahkanlah diri ini untuk melaksanakannya, Amien.

Seksyen 4, Bandar Bukit Mahkota, Bangi

No comments:

Post a Comment