Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

24 April 2010

Tua Sudah Sahabatku

Kenangan di hadapan Masjid asy-Syakirin KLCC
Selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke-20 buat sahabatku, Mohd Fakhrul Razi bin Mohd Fadil yang kini sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, semoga dirimu senantiasa diredhai dan dirahmati Allah swt selalu.

Rajin-rajinlah belajar dan yang paling fokus, betulkan qasad kita belajar lillahi Ta'ala, itu yang lebih awla berbanding menjadikan ilmu-ilmu yang dipelajari untuk mengejar dunia. Rasulullah saw pernah berpesan kepada para sahabatnya dan tentu sekali pesanan itu buat kita juga yang mana jika kita mengejar dunia, maka dunia itu akan lari tetapi sekiranya kita mencari keredhaan Allah swt, sesungguhnya dunia pasti akan berdampingan dengan mereka yang menjadikan Allah swt sebagai matlamat hidup.

Dunia hanya sementara, hanya kepada Allah swtlah tempat kita sebenarnya.

REDHALAH DIA SEBAGAI TUHAN

Jadikanlah sisa-sisa hidup kita yang berbaki ini dipenuhi dengan pengabdian kepada-Nya, daripada pelbagai aspek bermula daripada ibadat seharian kita, hubungan dengan masyarakat sekeliling, mu'amalat, sehinggalah sebesar-besar perkara seperti pengurusan pentadbiran, peluasan penerokaan, dan pentadbiran kenegaraan. Mungkin usia kita hanya secangkir masa sahaja sedangkan jumlah tersebut belum tentu dapat kita penuhi hak-Nya sebagai Rabbi dan Ilahi. Titipkan bibir dengan lembapan tasbih memuji-Nya sebagaimana alam-Nya.

Janganlah kita senggara dek keingkaran kita kerana Dia sebenarnya banyak memberi peluang kepada kita. Sesungguhnya Nabi Ibrahim as pernah menghalau seorang musyrik daripada rumahnya akibat kekufurannya kepada Allah swt. Tindakannya itu mendapat teguran daripada Allah swt bahawa Dia 'sudah lama bersabar' dengan tindakan musyrik tersebut mengufurkan-Nya namun Dia tetap memberi peluang kepada musyrik tersebut sehinggalah masa yang dijanjikannya. Melalui kisah ini, Allah swt sebenarnya sudah lama bersabar dengan sifat kita yang sering alpa dengan kewujudan-Nya. Adakah kita mahu tunggu sehingga Dia 'hilang sabar' dengan diri kita? Tentu penghujungnya penuh dengan kesengsaraan, nauzubillahi min zalik.

Panjang pula tazkirah... Jangan marah ya sebab kita sebagai mukmin perlulah saling menasihati satu sama lain.

Sekali lagi diucapkan selamat menyambut ulangtahun ke-20, semoga diberkati usiamu dahulu sehinggalah dirimu menyembah mengadap-Nya kemudian hari...

والله تعالى أعلى أعلم

Air Mawang, Johol NSDK

No comments:

Post a Comment