Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

16 March 2010

Kutemui Shareezuan

Darjah 4 Zamrud 1998. Saya berdiri dua dari kiri manakala Shareezuan berdiri tiga dari kiri

9 Mac 2010 merupakan satu tarikh yang amat menggembirakan hati. Pada tarikh inilah, saya bertemu semula dengan Shareezuan, seorang rakan baik dan rapat suatu ketika dahulu.

Ya Allah, sungguh kecil dunia ini...

Kami berkenalan dan berkawan rapat ketika 1997-1999 sebelum beliau berpindah rumah dari Taman Melawati dan sekolah dari SKTP atas faktor keluarga...

Maklumlah, dulu-dulu kala masa zaman 'pra-sejarah', kami mana mengenal erti sebuah telefon bimbit. Reka bentuk dan saiz telefon bimbit pun macam botol air minuman yang dibawa ke sekolah seharian. Internet pula tidak digunakan secara meluas, kalau digunakan pun hanya segelintir sahaja dan ia masih dianggap janggal walaupun kepada mereka yang tinggal di bandar. Lebai Google pun masih belum dilahirkan.

Ketika itulah, beliau berpindah...

Pernah juga saya cuba bertanyakan kepada Pak Cik Friendster dan mengutuskan surat buat beliau melaluinya, namun ketika itu, Pak Cik Friendster jarang bertemu dengan beliau sehinggakan surat tersebut disimpannya dan menjadi pekasam.

Namun, entah macam mana, suatu hari, beliau (Shareezuan) berborak dengan Pak Cik Facebook bertanyakan tentang sekolah lama, ketika itulah Pak Cik Facebook tersebut, terucap, terpacul dari mulutnya (dia ada mulut ke?) nama saya. Dari situlah beliau dapat detect saya...

Masya-Allah, sungguh kecil dunia ini. Walaupun sudah terputus perhubungan hampir 11 tahun, namun dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang ini, boleh pula bertemu kembali. Subhanallah. Perancangan-Nya jualah yang menetapkan.

Sebelum ini beliau pernah mencari saya, datang ke rumah, tetapi tersalah rumah. Kalau betul, mungkin kami boleh bertemu sebelum itu lagi walaupun tanpa bantuan Pak Cik Friendster dan sepupunya, Pak Cik Facebook.

Bak kata Lebai Google:
Ikan Di Laut, Asam Di Darat
Dalam Periuk Bikin Muafakat

Walaupun kita mencari sampai ke rumah, namun jika Allah berkehendak kita tidakkan jumpa, maka kita tidak akan ketemu. Diadakanlah pelbagai sebab seperti tersalah ketuk rumah seperti Shareezuan. Kadang-kala kita mencari sambil lewa sahaja, tetapi masa itulah kita ditakdirkan berjumpa semula, walaupun secara kebetulan. Semuanya kehendak Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Credit buat Shareezuan kerana tak lupa dengan kawan lamanya...

Taman Permata, Hulu Kelang

No comments:

Post a Comment