Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

21 March 2010

Islamnya Mereka Yang Berpendidikan Islam Part 2

Terlepas Part 1?



Ramai penuntut agama lepasan institut pengajian tinggi tidak mensyukuri ilmu agama yang mereka perolehi. Bersyukur di sini bukan setakat "Alhamdulillah, berjaya juga aku menamatkan pengajian aku," atau yang sama waktu dengannya. Bersyukur di sini lebih kepada mengunakan nikmat dan kelebihan tersebut ke jalan yang diredai Allah dan memanfaatkannya bersama-sama.

Sebahagian daripada mereka yang beragama ini akan dipilih oleh Allah swt untuk bergerak di jalan dakwah manakala sebahagian yang lain di simpan sebagai spare part, dan mungkin menjadi rujukan kepada yang berhampiran.

Mereka yang dipilih ini daripada kalangan orang-orang yang berilmu dan ilmu itu menjadi panduan kepada mereka menuju Allah swt. Mereka tidak mensia-siakan ilmu yang diberi.

Jumlah mereka yang menjadikan ilmu sebagai panduan untuk ke wilayah akhirat hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan mereka yang menerima ilmu tersebut. Oleh kerana itulah, (kalau tak silap saya) Sayyidina Omar al-Khattab pernah berdoa agar beliau dimasukkan ke dalam golongan mereka yang kecil dan sedikit. Alasannya kerana golongan yang sedikit inilah yang dipelihara Allah swt dan golongan yang sedikit ini jugalah yang menjaga Allah serta mempertahankan sehingga ke titisan darah terakhir. Sejarah telah membuktikannya. Berapakah jumlah tentera Islam berbanding Musyrikin Makkah ketika perang Badar? Berapa jumlah penduduk Madinah ketika dikepung musuh ketika perang Khandaq? Berapa besar bala tentera yang dipimpin Salahuddin al-Ayubi ketika pembebasan Kota Palestin? Berapa pula mereka yang dipimpin Sultan Muhammad al-Fateh ketika operasi pembukaan Kota Constantinople yang kemudiannya ditukar namanya kepada Islambul (Kota Islam, kini dikenali sebagai Istanbul).

Jumlah penganut Islam yang sedikit ketika itu digeruni oleh kawan dan lawan. Bukan macam zaman sekarang yang mana Nabi khabarkan bahawa umat Islam diumpamakan bagai buih di lautan, banyak tetapi tidak berguna langsung. Mereka bagai daging yang diserbu dan dilapah oleh mereka yang lapar.

Bergunanya umat Islam walaupun jumlah mereka sedikit. Jika dibandingkan dengan masa kini, umat Islam terus dengan masalah-masalah sedangkan orang lain terus maju ke hadapan.

Sabda Rasulullah saw:
Barangsiapa yang bertambah ilmu tetapi tidak bertambah hidayah (amalan), tidak bertambah daripadanya dengan Allah melainkan makin jauh.

Ini membuktikan bahawa kita sendiri tidak dekat dengan Tuhan. Apabila kita tidak dekat dengan-Nya, kembalilah melihat dari mana sebabnya dan apa punca datangnya sebabnya. Kita tidak pernah bermuhasabah dari mana kita dan ke mana hala kita.

Seperti yang dijanjikan pada tulisan saya sebelum ini, yang akan menyingkap sikap orang agama yang tidak bersyukur (fahami konsep bersyukur sekurang-kurangnya seperti yang saya tuliskan pada permulaan artikel di atas) dan punca utamanya telah saya jawab seperti di atas dan seterusnya saya ringkaskan kepada "tiada keikhlasan dalam mendalami ilmu agama".

Bersambung...

Taman Permata, Hulu Kelang

No comments:

Post a Comment